UMPSA kongsi kepakaran dalam program literasi robotik bersama pelajar KV Tawau
TAWAU, 30 April 2026 - Penganjuran Program Robot Literacy bersempena dengan Program Kembara Lestari Negeri Di Bawah Bayu 4.0 yang berlangsung di Tawau, Sabah berjaya memperkenalkan asas pembinaan robot, pengaturcaraan dan penyelesaian masalah melalui aktiviti interaktif serta cabaran berasaskan projek kepada seramai 150 pelajar KV sijil dan diploma baru-baru ini.
Menurut Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Universiti Malaysia Pahang AlProfesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin berkata, program ini direka bagi meningkatkan pemahaman konsep robotik secara praktikal dan menyeronokkan.

“Inisiatif ini dapat membina literasi digital dan kemahiran teknikal dalam kalangan pelajar. Selain itu, dapat memupuk kreativiti, kerja berpasukan dan pemikiran kritis serta mencetus minat awal terhadap bidang kejuruteraan, robotik dan kerjaya berkaitan STEAM,” katanya.
Turut berlangsung juga Program Digital Making Skill Sets melibatkan seramai 50 orang pelajar yang berjaya mengikuti yang memperkenalkan asas pengaturcaraan Arduino menggunakan sensor node LilEx4 ciptaan UMPSA.
Dalam program ini para pelajar diberi pendedahan tentang konsep asas input dan output digital serta analog sebelum mereka meneroka penggunaan sensor seperti photoresistor dan diod.
Selain itu, pelajar turut mempelajari pengaturcaraan menggunakan Raspberry Pi Pico dan Arduino, melibatkan bahasa Python dan C++, bagi membina kefahaman awal dalam sistem terbenam dan elektronik digital.
Program ini adalah salah satu inisiatif dalam menyokong Pelan Strategik UMPSA 30 dengan memberikan pendedahan kepada pelajar dan komuniti berkaitan teknologi dan pengetahuan pembelajaran robotik.
Pada kali ini UMPSA turut memberi sumbangan 50 buku Physical Computing with Rasbberry PI terbitan UMPSA dan satu set sensor node LilEx4 sumbangan UMPSA pihak IBM Malaysia melalui inisiatif Program PTECH.
Turut berlangsung taklimat laluan pendidikan dan Kerjaya yang disampaikan Pengarah Pusat Pemasaran dan Kemasukan, Zainal Bahari.
Kembara Lestari Negeri Di Bawah Bayu 4.0 yang berlangsung di Tawau, Sabah melibatkan 25 sukarelawan KILAU UMPSA dari Skuad Yayasan UMPSA bermula 27 April hingga 1 Mei 2026 bagi menyantuni komuniti dan masyarakat setempat dengan pelbagai pengisian.
Disediakan Oleh: Mimi Rabita Abd Wahit, Pusat Komunikasi Korporat
- 53 views
Reports by: