Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti Tawau kongsi teknologi, sebar luas TVET Termaju
TAWAU, 1 Mei 2026 - Program Kembara Lestari @Negeri di Bawah Bayu 4.0 yang melabuhkan tirainya dengan jayanya di Kampung Budaya Pasir Putih, Tawau selepas lima hari pelaksanaan sarat dengan pelbagai inisiatif teknologi, komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian, kebudayaan dan bantuan khidmat masyarakat.
Penganjuran program ini dilihat sebagai bukti komitmen berterusan UMPSA dalam memasyarakatkan teknologi, memperkasa pendidikan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi serta komuniti setempat.