Skip to main content

Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti Tawau kongsi teknologi, sebar luas TVET Termaju

TAWAU, 1 Mei 2026 - Program Kembara Lestari @Negeri di Bawah Bayu 4.0 yang melabuhkan tirainya dengan jayanya di Kampung Budaya Pasir Putih, Tawau selepas lima hari pelaksanaan sarat dengan pelbagai inisiatif teknologi, komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian, kebudayaan dan bantuan khidmat masyarakat.

Penganjuran program ini dilihat sebagai bukti komitmen berterusan UMPSA dalam memasyarakatkan teknologi, memperkasa pendidikan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi serta komuniti setempat.

Majlis Perasmian Penutup dan Festival Rakyat telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN Tanjung Batu, Yang Berhormat Dr. Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal.

Turut sama hadir Ahli Parlimen Kalabakan, Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar yang juga Pengerusi Yayasan UMPSA serta Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Dato’ Sri Darwis Derahman yang juga ahli pemegang amanah Yayasan UMPSA.

TAWAU, 1 Mei 2026 - Program Kembara Lestari @Negeri di Bawah Bayu 4.0 yang melabuhkan tirainya dengan jayanya di Kampung Budaya Pasir Putih, Tawau selepas lima hari pelaksanaan sarat dengan pelbagai inisiatif teknologi, komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian, kebudayaan dan bantuan khidmat masyarakat.  Penganjuran program ini dilihat sebagai bukti komitmen berterusan UMPSA dalam memasyarakatkan teknologi, memperkasa pendidikan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi serta komuniti setempat.  Majlis Perasmian Penutup dan Festival Rakyat telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap ADUN Tanjung Batu, Yang Berhormat Dr. Andi Md Shamsureezal Mohd Sainal.  Turut sama hadir Ahli Parlimen Kalabakan, Yang Berhormat Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Pengerusi Lembaga Pengarah UMPSA, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar yang juga Pengerusi Yayasan UMPSA serta Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Dato’ Sri Darwis Derahman yang juga ahli pemegang amanah Yayasan UMPSA.  Turut serta ahli pemegang amanah Yayasan UMPSA, Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali, Datin Nur Sharmila Shaheen, Pendaftar UMPSA, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias dan Ketua Eksekutif Yayasan UMPSA, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.  Menurut Dr. Andi, pihaknya mengalu-alukan kerjasama strategik UMPSA dan MRL dengan pemilihan kampung budaya ini.  “Sukarelawan UMPSA berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan teknologi yang diajar mampu dilaksanakan terutamanya sistem vertical farming yang boleh menjana pendapatan penduduk setempat.   “Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti luar bandar, malah menjadi platform bagi memupuk nilai kesukarelawanan, perpaduan serta pembangunan sosial yang mampan.  “Semoga hubungan erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya.   Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan pelajar sebanyak RM2,500 kepada Se

Turut serta ahli pemegang amanah Yayasan UMPSA, Dato' Sri Ahmad Fuaad Kenali, Datin Nur Sharmila Shaheen, Pendaftar UMPSA, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias dan Ketua Eksekutif Yayasan UMPSA, Mohd Jamil Mohd Ja’afar.

Menurut Dr. Andi, pihaknya mengalu-alukan kerjasama strategik UMPSA dan MRL dengan pemilihan kampung budaya ini.

“Sukarelawan UMPSA berjaya menunjukkan komitmen yang tinggi dan teknologi yang diajar mampu dilaksanakan terutamanya sistem vertical farming yang boleh menjana pendapatan penduduk setempat. 

“Inisiatif ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti luar bandar, malah menjadi platform bagi memupuk nilai kesukarelawanan, perpaduan serta pembangunan sosial yang mampan.

“Semoga hubungan erat ini dapat diteruskan pada masa akan datang,” ujarnya. 

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan bantuan pelajar sebanyak RM2,500 kepada Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Tawau, sumbangan keluarga angkat, sumbangan prihatin serta menyampaikan hadiah pemenang pertandingan bola tampar.

Sementara itu menurut Dato’ Seri Abdul Razak, program anjuran Yayasan UMPSA dengan kerjasama strategik MRL ini melibatkan seramai 45 sukarelawan terdiri daripada pelajar dan staf universiti serta sokongan Politeknik Tawau Sabah.

“Pemilihan Kampung Budaya Pasir Putih sebagai lokasi program dibuat berikutan statusnya sebagai Kampung Angkat MADANI di bawah seliaan MRL.

“Antara inisiatif utama ialah pembangunan 13 set sistem vertical farming yang memberi manfaat kepada sepuluh buah keluarga setempat. 

“Setiap sistem mampu menampung kira-kira 150 pot tanaman bagi membantu menjimatkan ruang dan meningkatkan produktiviti pertanian komuniti,” katanya.

Lebih menarik, tiga set dilengkapi sistem tenaga solar bagi memudahkan proses penyiraman secara automatik dan sistematik.

Kluster pendidikan turut melibatkan seramai 140 pelajar Sekolah Kebangsaan Pasir Putih yang berpeluang menyertai Program INSPIRE, projek STEAM dan Street Science bagi memupuk minat terhadap sains dan teknologi sejak peringkat awal.

Manakala penganjuran Program Robot Literacy oleh Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin berjaya memperkenalkan asas pembinaan robot, pengaturcaraan dan penyelesaian masalah melalui aktiviti interaktif dan cabaran berasaskan projek kepada seramai 150 pelajar KV sijil dan diploma.

Selain itu, pelajar juga mendapat inspirasi menerusi sesi perkongsian bertajuk ‘Membina Langit: Inspirasi Skyscraper @Pembangunan Masa Depan Merdeka 118’ bersama Ketua Pegawai Eksekutif PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd., Dato’ Ir. Izwan Hasli Mohd Ibrahim yang membuka minda mereka mengenai potensi kerjaya dan pembangunan masa depan negara.

Program Kembara Lestari turut melibatkan aktiviti gotong-royong, ziarah prihatin, rewang komuniti, sukaneka dan pelbagai program bersama penduduk kampung. 

Program mendapat kerjasama pihak Malaysian Rail Link Sdn. Bhd., China Communications Construction Company (CCCC) dan East Coast Rail Link (ECRL).

Lain-lain Dhaya Maju Infrastructure, Yayasan MR.DIY, Rainbow Girl, Mamee Double-Decker Sdn. Bhd. (MAMEE), Hardex Corporation Sdn. Bhd., PMG Pharmacy dan Syarikat Nestle (Milo dan Maggi).

Turut sama Pejabat Ahli Parlimen Kalabakan, Pejabat ADUN Tanjung Batu, Pejabat Kesihatan Tawau, Pusat NADI Kampung Pasir Putih, Perpustakaan Negeri Tawau dan Persatuan Al-Falah.

Lebih 500 komuniti setempat hadir memeriahkan program dan mengambil bahagian sepanjang aktiviti Festival Rakyat bersempena dengan Program Kembara Lestari @Negeri di Bawah Bayu 4.0.

Disediakan Oleh: Mimi Rabita Haji Abd Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri