Skip to main content

Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti Tawau kongsi teknologi, sebar luas TVET Termaju

TAWAU, 1 Mei 2026 - Program Kembara Lestari @Negeri di Bawah Bayu 4.0 yang melabuhkan tirainya dengan jayanya di Kampung Budaya Pasir Putih, Tawau selepas lima hari pelaksanaan sarat dengan pelbagai inisiatif teknologi, komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian, kebudayaan dan bantuan khidmat masyarakat.

Penganjuran program ini dilihat sebagai bukti komitmen berterusan UMPSA dalam memasyarakatkan teknologi, memperkasa pendidikan dan memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi pendidikan, agensi serta komuniti setempat.

Kembara Lestari UMPSA santuni komuniti orang asli di Permatang Keledang

PEKAN, 14 Februari 2026 - Seramai 60 sukarelawan Yayasan UMPSA berkampung di Permatang Keledang, Pekan bagi menjayakan Program Kembara Lestari@Permatang Keledang 2026 yang merupakan inisiatif khidmat masyarakat UMPSA yang memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti orang asli melalui pendekatan kelestarian, pemindahan ilmu dan penggunaan teknologi.

Kembara Lestari UMPSA santuni Komuniti Gugusan Felda Lok Heng sokong SDG

KOTA  TINGGI, 17 Julai 2025 - Kembara Lestari UMPSA@Kota Tinggi berlangsung di Gugusan Felda Lok Heng berjaya menyantuni pembangunan komuniti setempat di samping menghulurkan sumbangan kepakaran kepada golongan yang berkeperluan melalui pelbagai aktiviti merangkumi kluster teknologi, khidmat komuniti, pendidikan, kelestarian, kerohanian dan sumbangan buat komuniti yang memberi manfaat buat komuniti setempat termasuklah golongan inklusif.

Subscribe to Kembara Lestari UMPSA