Skip to main content

Drama Raya UMPSA ‘Kelip-kelip Raya’ cungkil bakat mahasiswa

PEKAN, 16 Mac 2026 – Rakaman drama raya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijalankan di sekitar UMPSA Pekan, Kampung Alor Ara dan Kampung Ulu Parit, Jalan Rompin Lama, Pekan.
Rakaman ini merupakan acara tahunan anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UMPSA. 

Drama raya bertajuk ‘Kelip-kelip Raya’ ini mengisahkan erti persahabatan, pengorbanan dan makna sebenar kebahagiaan. 

Rakaman drama raya Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijalankan di sekitar UMPSA Pekan, Kampung Alor Ara dan Kampung Ulu Parit, Jalan Rompin Lama, Pekan. Rakaman ini merupakan acara tahunan anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dengan kerjasama Pusat Kebudayaan UMPSA.  Drama raya bertajuk ‘Kelip-kelip Raya’ ini mengisahkan erti persahabatan, pengorbanan dan makna sebenar kebahagiaan.  Program ini juga turut mengetengahkan bakat mahasiswa sebagai sebahagian daripada tenaga produksi.

Program ini juga turut mengetengahkan bakat mahasiswa sebagai sebahagian daripada tenaga produksi. 
Para pelakon dan kru serta sumbangan idea cerita adalah daripada ahli kelab teater UMPSA iaitu Kelab Senandika. 
Iman Amirul Haqim Hasbibullah yang memegang watak sebagai Imran dalam drama ini turut berasa teruja mencipta pengalaman kali pertama sebagai pelakon utama drama ini. 

Katanya, beliau dapat belajar karakter sebagai pelakon di hadapan kamera amat berbeza dengan pementasan teater. 

“Kecekapan menyesuaikan diri dengan situasi sekeliling amatlah mencabar tapi saya rasa seronok.

“Pembikinan drama perlu ketepatan reaksi dan ekspresi yang sama walaupun pada sudut yang berbeza. 

“Ini memberikan saya pengalaman bahawa memikul tanggungjawab sebagai seorang pelakon perlu kreatif, sabar dan cekap,” kata Iman yang merupakan pelajar tahun 2, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE). 

Manakala menurut Muhammad Aiman Nasriq Mohd Roslan pula, perlaksanaan rakaman ini menarik apabila semua produksi berganding bahu dan mencapai kata sepakat untuk membuat perubahan terutama di saat-saat akhir sehingga berjaya. 

“Walaupun terdapat cabaran sewaktu sesi rakaman berlangsung, namun kerjasama daripada semua pihak menjadikan semuanya lancar dan mudah. 

“Ini merupakan pengalaman pertama saya.

“Aarahan yang jelas sangat membantu saya untuk beraksi dan bertindak dengan cepat terhadap pelbagai situasi yang berubah di saat-saat akhir,” ujarnya. 

Nasriq merupakan pelajar tahun akhir FTKEE yang sedang menjalani latihan industri pada semester ini. 

Tambah beliau lagi, keseluruhan pengalaman ini sangat seronok. 

“Walaupun penglibatan saya sedikit, tetapi banyak input yang saya boleh gunakan untuk masa akan datang, terutamanya dalam bidang multimedia atau kerja-kerja belakang tabir,” katanya ketika mengakhiri perbualan. 

Presiden Kelab Senandika, Siti Nafisah Rahmad turut sama mengambil peranan sebagai salah seorang kru belakang tabir berkata, beliau memang sangat kagum dengan semua pihak yang terlibat dari mula sehingga berjaya hasilkan karya yang sangat luar biasa. 

“Penonton mungkin nampak hasil akhir tayangan tetapi sebagai seorang kru, saya sendiri dapat tengok perjalanan rakaman dan kejadian disebalik tabir. 

“Banyak usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak untuk pastikan semuanya berjalan dengan lancar. 

“Pengalaman ini amat berharga untuk kami dan terima kasih kepada Pusat Kebudayaan dan PKK memberi kami peluang dan ruang dalam menjayakan rakaman ini bersama,” ujar pelajar  tahun 3, Fakulti Komputeran ini lagi 
Turut sama mewarnai rakaman ini adalah mahasiswa dari Kelab Tari Kencana Pawana dan pemuzik Presma Band dari Kelab Sigma Melodi.

 
Drama Raya UMPSA ‘Kelip-kelip Raya’ kini boleh ditonton di Youtube UMPSATV.

Disediakan Oleh: Noor Afiza Mohd Asmi, Pusat Kebudayaan

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri