Skip to main content

Kolaborasi UMPSA dengan BAEG dan PKPB dalam mobiliti antarabangsa perkasa TVET Termaju

BEIJING, 29 Mei 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) jalin kerjasama dengan BEIFANG Automotive Education Group (BAEG) dan Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB) dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menjalani latihan ‘up-skill’ dalam menghasilkan tenaga kerja profesional mahir tersedia industri terhadap pembangunan kerjaya dan kebolehpasaran graduan (GE) di Malaysia. 

Kolaborasi strategik ini menyaksikan kerjasama PKPB dan TANG International Education (China) di bawah usaha Malaysia-China Institute (MCI) melalui Belt & Road Initiative (BRI) China terhadap pelaksanaan program Malaysia-China Advanced TVET Mobility Programme (MYCHAT) di China. 

Kerjasama strategik ini akan memberi manfaat terhadap pembangunan modal insan negara berkemahiran tinggi dalam memenuhi pasaran kerja negara dan pembangunan infrastruktur global. 

Kolaborasi UMPSA dengan BAEG dan PKPB dalam mobiliti antarabangsa perkasa TVET Termaju

Dalam majlis itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed hadir mewakili Naib Canselor UMPSA bagi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Ketua BELIA MAHIR, Mohammad Rizan Hassan dan Pengarah Perniagaan Antarabangsa Beifang International Education, Han Lili dengan disaksikan  Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara.

Turut sama Pengerusi RISDA/Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Malaysia-China Institute (MCI), Tuan Haji Manndzri Haji Nasib dan Pengerusi Beifang International Education, Cao Zhenfeng.

Menurut Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim, program mobiliti antarabangsa ini memberi peluang pelajar untuk menjalani program ‘finishing school’ dan latihan kursus kompetensi tambahan di institusi luar negara daripada usaha universiti dalam pembangunan karakteristik pelajar TVET yang berdaya saing. 

“Program ini juga merupakan salah satu agenda pengantarabangsaan mahasiswa di dalam Objektif Strategik 6 dalam Pelan Strategik UMPSA iaitu Pengantarabangsaan dan Keusahawanan Mahasiswa seiring dengan Key Performance Index (KPI) di bawah Critical Agenda Program (CAPS) pengantarabangsaan dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSTPN),” katanya.  

Kolaborasi dengan BAEG juga turut manfaatkan perkongsian kepakaran dan peralatan latihan, pertukaran staf dan pelajar, pembelajaran berasaskan kerja (WBL), seminar dan latihan TVET, kebudayaan dan mobiliti program, penyelidikan serta penerbitan.

Ujarnya, sehingga kini seramai 20 peserta berjaya mendapat persijilan profesional di bawah MYChAT yang telah memberi peluang peserta dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligent) di Beijing Polytechnic. 

Kolaborasi UMPSA dengan BAEG dan PKPB dalam mobiliti antarabangsa perkasa TVET Termaju

“Manakala pada masa ini, seramai 30 peserta termasuk pelajar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) sedang mengikuti latihan di Pusat Latihan Automotif Beifang Beijing, China dengan latihan pengkhususan kepada Bidang Kejuruteraan Automotif berfokus kepada Teknologi Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Hidrogen (HV). 

“Lain-lain kerjasama bagi memperluas program mobiliti dengan pensijilan kompetensi TVET termaju dari institusi latihan atau industri di China.

“Malahan, usaha ini dilihat turut menyokong usaha kerajaan dalam menghantar bakat muda negara menerusi kemahiran berteknologi tinggi,” katanya.

Ujarnya, di samping itu juga usaha ini mampu membawa masuk mahasiswa antarabangsa ke Malaysia melalui inisiatif meningkatkan kebolehpasaran graduan premium dan menyokong usaha Pelancongan Pendidikan (Edu-Tourism) yang dilaksanakan di UMPSA. 

“Dengan sokongan pihak KPT terutamanya Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, UMPSA sebagai universiti peneraju program MyChat24 akan menawarkan program ini kepada pelajar, graduan mahupun staf IPT untuk turut serta bagi meningkatkan kemahiran melalui program up-skill atau sijil kompetensi dalam bidang AI dan lain-lain meliputi Electric Vehicle (EV), Hydrogen Vehicke (HV), Heritage Railway Technology, e-Commerce, Advanced Manufacturing Automation (Robotic), Good Manufacturing Practices (GMP), Data Science, Analytics dan Health Sciences dan Chinese Cultural & Heritage,” katanya. 

Disediakan Oleh: Mimi Rabita Abd Wahit, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Mimi Rabita binti Abd Wahit