UMPSA laksana Kaedah Daftar Kehadiran menggunakan ciri geofencing (polygon)
PEKAN, 12 Februari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menggunakan Kaedah Daftar Masuk (Check-In) dan Daftar Keluar (Check-Out) menggunakan ciri geofencing (polygon) yang berkuat kuasa mulai 9 Februari 2026 (Isnin).
Dengan pelaksanaan ini, staf hanya perlu berada di dalam kawasan geofencing yang telah ditetapkan dan staf tidak lagi perlu menyambung (connect) ke rangkaian WiFi UMPSA bagi tujuan Daftar Masuk (Check-In) dan/atau Daftar Keluar (Check-Out).
Menurut Pendaftar UMPSA, Dato’ Saiful Bahri Ahmad Bakarim, usaha ini adalah untuk ke arah pelaksanaan ekosistem digital yang lebih efisien.
“Pada masa ini, staf masih boleh merekod kehadiran menerusi portal UMPSA atau menggunakan aplikasi e-Comm tanpa geofence yang dilaksana sehingga 30 Jun 2026.
“Kaedah ini akan ditamatkan sepenuhnya berkuat kuasa mulai 1 Julai 2026 depan.
“Selaras dengan pengenalan ciri baharu ini, sebarang rekod Daftar Masuk (Check-In) dan Daftar Keluar (Check-Out) yang direkodkan di luar kawasan geofence (Outside UMPSA) akan dikira sebagai satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib,” ujar beliau.

Namun, keperluan untuk Daftar Masuk (Check-In) dan Daftar Keluar (Check-Out) masih tertakluk kepada pekeliling dan garis panduan semasa yang sedang berkuat kuasa.
Geofence ialah ‘sempadan’ atau ‘pagar’ maya yang diwujudkan di sekeliling sesuatu ciri geografi tertentu.

Geofence boleh dijana secara dinamik (contohnya, berdasarkan jejari di sekitar satu lokasi titik) atau ditetapkan mengikut satu set sempadan yang telah ditentukan terlebih dahulu.
Aplikasi UMPSA ECOMM akan menggunakan kaedah ‘geofencing polygon’ bagi tujuan pengesanan kehadiran staf dan aplikasi ini hanya akan menentukan sama ada pengguna berada di dalam atau di luar kawasan yang telah ditetapkan.

Kehadiran melalui peranti mudah alih akan bergantung sepenuhnya kepada geofencing, tanpa sebarang pengesahan melalui Wi-Fi.
Ini akan membenarkan staf untuk Daftar Masuk (Check In) dan Daftar Keluar (Check Out) menggunakan WIFI UMPSA dan WIFI Personal/ Mobile Data.
Beliau turut menyarankan agar warga UMPSA memuat turun dan mengemas kini aplikasi E-Comm versi terkini seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Teknologi Digital.
Bagi maklumat lanjut, boleh berhubung dengan Pusat Pengurusan Dasar Dan Governan (Intan Farahana Pauzi di talian 016-984 9676 atau E-mel: intanfarahana@umpsa.edu.my atau Nur Adiba Mohd Noor di talian 014-545 9029 atau E-mel: adiba@umpsa.edu.my atau Aida Syafina Mohd Akhir di talian 019-993 4860 atau E-mel: asyafina@umpsa.edu.my
Disediakan Oleh: Intan Farahana Pauzi Daripada, Pusat Pengurusan Dasar Dan Governan, Jabatan Pendaftar
- 60 views
Reports by: