Skip to main content

Astrolab Arab dan Ilmu Falak: Kejuruteraan Presisi dalam Tamadun Islam

Lembayung senja yang melabuhkan tirainya di ufuk barat sering kali membawa memori kolektif manusia kembali kepada keindahan hamparan cakerawala yang tidak bertepi. Di sebalik kerlipan bintang yang menghiasi dada malam, tersimpul sebuah naratif agung mengenai usaha akal manusia untuk menterjemahkan rahsia Allah SWT melalui medium logam yang dikenali sebagai Astrolab. 

Mata Pelajaran Umum (MPU): Membina Insan Bukan Sekadar Graduan

Rancangan Pendidikan Negara 2026–2035 bertemakan ‘Memacu Lonjakan Pendidikan Negara’ telah dilancarkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 20 Januari 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Kuala Lumpur. Ia merupakan pelan strategik satu dekad untuk transformasi pendidikan negara di mana agenda utama yang akan diberikan perhatian adalah:

Qaidah Fiqhiyyah sebagai Kompas Pembangunan Diri Mahasiswa UMPSA

Kehidupan kampus yang dinamis, seringkali menyajikan pelbagai persimpangan pilihan, cabaran menajamkan jiwa, dan batasan yang terungkap dalam rona peraturan, disiplin akademik, atau etika sosial demi menjaga sekian banyak keseimbangan. Namun, sebuah renungan mendalam mengundang kita, apakah gerangan yang bakal terjadi andai batasan atau ‘penghalang’ itu sengaja ditiadakan atau bahkan diabaikan.

Antara Tengah Hari dengan Petang: Pemenggalan Masa Menurut DBP

Saya teringat satu perbualan kecil pada suatu hari Jumaat. Seorang rakan pejabat menghantar pesanan, “Makan tengah hari? Jumpa pukul 1:00 petang.” Saya membalas dengan nada bergurau, “Belum petang lagi tu.” Dia ketawa kecil tetapi kemudian berhenti sejenak. “Habis tu, pukul 1 tu apa?” Pertanyaan ringkas itu membawa kami ke perbincangan yang lebih panjang tentang cara kita menamakan waktu dalam bahasa Melayu. Rupa-rupanya, ramai antara kita sekadar mengikut kebiasaan bukan pedoman.

Reorientasi Sahsiah Mahasiswa UMPSA Melalui Wahana Spiritual Nisfu Syaaban

Gema azan yang membelah keheningan ruang udara Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah menyuntik satu kekuatan rohaniah yang jarang diterjemahkan secara tuntas dalam acuan akademik moden sedangkan Nisfu Syaaban berdiri sebagai sebuah monumen peralihan yang menuntut penelitian mendalam melampaui sekadar ritual tradisi.

Karat dan penyediaan makanan - perkara kecil yang tidak boleh dipandang ringan di bazar Ramadan

Tidak lama lagi, umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan yang penuh rahmat dan keberkatan. Menjelang kedatangan bulan yang mulia ini, aktiviti penyediaan dan jualan makanan dalam kalangan masyarakat di Malaysia menjadi semakin meriah melalui penganjuran bazar Ramadan yang sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Bazar Ramadan bukan sahaja menyediakan pelbagai juadah tradisional dan moden, malah menjadi sumber rezeki kepada ramai peniaga kecil dan sederhana.

UMPSA jalin kerjasama strategik dengan 23 industri pacu pembangunan bakat, penyelidikan dan inovasi

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan kerjasama strategik dengan industri apabila memeterai sebanyak 23 memorandum persefahaman (MoU), memorandum perjanjian (MoA) dan Letter of Intent (LoI) bersama rakan industri tempatan dan antarabangsa dalam Majlis Pertukaran MoU dan MoA UMPSA–Industri Siri 1 yang berlangsung di Perdana Hotel Kuala Lumpur City Centre (KLCC) baru-baru ini.