Skip to main content
header pekan review ogos 2020

Info Sekitar Kampus

UMP terima kunjungan KP Pendidikan Tinggi

UMP terima kunjungan KP Pendidikan Tinggi

PAYA BESAR, 24 Februari 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) menerima kunjungan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Profesor Dato' Dr. Husaini Omar dan delegasi dari Kementerian Pengajian Tinggi di UMP Kampus Gambang baru-baru ini. 

Turut sama menyertai delegasi Pengarah Bahagian Standard Swasta KPT, Dr. Wan Baharudin  Wan Mahmood, Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan dan Inspektorat, Mat Hassan Ibrahim dan Pengarah, Bahagian Mahasiswa Holistik, Profesor Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil.


MyGift

Jualan nombor plat khas 'UC' cecah RM3 juta, kini dibuka untuk jualan umum

Jualan nombor plat khas 'UC' cecah RM3 juta, kini dibuka untuk jualan umum

KUANTAN, 24 Februari 2022 - Universiti Malaysia Pahang (UMP) mencatatkan penjualan siri nombor pendaftaran khas 'UC' mencecah RM 3 juta sejak dibuka untuk bidaan pada 1 Februari 2022. 

Sehingga hari ini, hampir 1,000 nombor telah dibida dan terjual termasuklah nombor-nombor yang berjaya ditender oleh staf, pelajar, individu dan juga syarikat. 


Info Sekitar Kampus

Setia berkhidmat 2 dekad, jasa 63 staf UMP dikenang

Setia berkhidmat 2 dekad, jasa 63 staf UMP dikenang

PAYA BESAR, 16 Februari 2022 – Seramai 63 staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang telah menyumbang jasa lebih dua dekad di universiti ini dirai dalam Majlis Sanjungan Budi bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 UMP tahun ini.  

Majlis menyaksikan Profesor Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin hadir menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima dalam program anjuran Jabatan Pendaftar yang berlangsung di Dewan Astaka UMP Gambang baru-baru ini.


Info Sekitar Kampus

Sumbangan MATAHARI sokong agenda kesukarelawanan universiti

Sumbangan MATAHARI sokong agenda kesukarelawanan universiti

KUANTAN, 14 Februari 2022 – “Golongan wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.

“Justeru, Persatuan Wanita UMP (MATAHARI) yang ahlinya terdiri daripada pakar akademik, pengurusan profesional serta staf sokongan UMP perlu menggunakan kepakaran, buah fikiran dan tenaga masing-masing untuk menggerakkan persatuan demi kebaikan warganya dan masyarakat setempat,” kata isteri Menteri Besar Pahang, Datin Sri Dato’ Burhah Mohamed.


Terbitan Terkini

2 buku terbitan UMP terima Anugerah Buku Negara 2022

2 buku terbitan bersama UMP dan Abad Sinergi terima ABN 2022

AYER KEROH, 22 Februari 2022 – Dua buah buku terbitan bersama antara Penerbit Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Abad Sinergi Sdn. Bhd.  telah menerima dua anugerah berprestij dalam Majlis Anugerah Buku Negara 2022 (ABN 2022) melalui karya tulisan Datuk Profesor Madya Dr. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim@Wan Husain dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI).

footer pekan review ogos 2020

Newsletter Image
Bil. 170 Feb. 2022: UMP terima kunjungan KP Pendidikan Tinggi