PEKAN, 23 April 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mencatat pencapaian membanggakan apabila tersenarai 163 terbaik di Asia merujuk penarafan Times Higher Education Asia University Rankings 2025 (THE AUR 2025) selain mengekalkan sebagai universiti terbaik dalam Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
PEKAN, 23 April 2025 - Lebih 300 pelajar dan warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hadir bagi memeriahkan sambutan Konvoi Kembara Sultan Pahang 1.0 yang melalui kampus UMPSA baru-baru ini.
Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang bersama rombongan adalah bersempena dengan Program Penutup Kembara Sultan Pahang 1.0 yang melibatkan daerah-daerah Temerloh, Maran, Bera dan Pekan.
PEKAN, 25 April 2025 – Pusat Pembangunan Kelestarian SDG/ESG (SDC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Open University Malaysia (OUM) Kuantan dan Pahang Skills Development Centre (PSDC) telah menganjurkan program Plogging di Pantai Tanjung Gosong, Pekan, Pahang sebagai inisiatif menyokong sambutan Hari Bumi Sedunia 2025.
Gerakan dan pembudayaan ke arah akses terbuka dalam penyelidikan akademik semakin berkembang di peringkat global. Pada 13 Februari yang lalu, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama-sama 19 wakil Jawatankuasa Naib-naib Canselor dan Rektor Universiti Awam yang lain telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Profesor Dato’ Dr. Azlinda Azman dan disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.
Dalam era globalisasi dan digitalisasi yang pesat, institusi pendidikan tinggi di seluruh dunia berdepan dengan pelbagai cabaran yang semakin kompleks dan dinamik. Pentadbiran universiti masa kini tidak hanya dituntut untuk menguruskan hal ehwal akademik dan penyelidikan serta sumber manusia, tetapi juga perlu memastikan daya saing berterusan di peringkat nasional dan global.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah berakhir sekitar bulan Februari yang lalu, dan kebanyakan pelajar telah mengemukakan permohonan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Selaras dengan pengumuman tarikh keputusan SPM pada 24 April 2025, pelajar lepasan SPM masih mempunyai tempoh masa beberapa bulan sebelum mendaftar di pusat pengajian tinggi yang akan ditawarkan kelak.
Diam tak diam, bulan April hampir tiba ke penghujungnya. Bulan April merupakan bulan kesedaran bagi Autisme, mengecilkan jurang kefahaman masyarakat dan bulan advokasi terhadap keunikan Autisme. Penerimaan dan kefahaman berkenaan dengan Autisme belum mencapai tahap yang memuaskan kerana masih ramai yang beranggapan Austime adalah sesuatu yang boleh dipulihkan. Jika lelah, berehat menjadi ubat. Jika sakit, jumpa pakar kesihatan dan dapatkan rawatan. Jika minda terkapai, sujud dan cuba beristigfar.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) adalah antara acara tahunan yang paling dinanti-nantikan oleh warga kampus. Selain menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim dan bertemu rakan-rakan selepas cuti perayaan, majlis ini turut menjadi pentas buat para pelajar menampilkan gaya dalam busana tradisional Hari Raya yang pelbagai daripada baju kurung moden, kebaya anggun, hinggalah baju Melayu lengkap bersampin.
Berlegar di media sosial tentang keakraban dan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di Kelantan
Negeri Kelantan merupakan negeri yang kaya dengan adat dan budaya masyarakatnya yang pelbagai. Masyarakat Kelantan terdiri daripada Melayu sebagai kaum majoriti, diikuti oleh kaum Cina, Siam, India dan paling minoriti adalah Sikh dan orang asli. Gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang sememangnya sudah sinonim dengan negeri Kelantan yang menyimpan sejarahnya yang tersendiri.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah waktu terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga dan menikmati juadah raya bersama-sama. Setiap keluarga mempunyai juadah kegemaran istimewa yang akan dihidangkan ketika hari raya. Juadah-juadah ini dinikmati bersama keluarga, jiran dan juga mereka yang berkunjung beraya dan ziarah menziarahi. Selain menikmati kelazatan juadah raya, cara ini juga dapat mengeratkan silaturahim melalui penyediaan dan perkongsian makanan istimewa.
Sejajar dengan peningkatan usia, ramai dalam kalangan kita mula menyedari hakikat bahawa anggota tubuh badan tidak lagi kuat seperti dahulu. Setiap langkah menjadi semakin perlahan, tulang tidak lagi sekuat masa muda, dan sendi pula sering kali terasa sakit. Namun, perkembangan dalam bidang Sains Kesihatan dan Sukan membuktikan bahawa penuaan tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita berhenti dari melakukan pergerakan mahupun aktiviti fizikal.