Delegasi Pengarah-pengarah Keselamatan Universiti bersidang di UMPSA
PEKAN, 5 Februari 2025 – Seramai 20 orang Pengarah Keselamatan seluruh universiti awam (UA) telah bersidang di Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah-pengarah Keselamatan Universiti Awam (JPKUA) Kali-33 pada 4 dan 5 Februari di UMPSA Pekan.
Mesyuarat pada hari pertama telah dimulakan dengan Forum Keselamatan Universiti Awam Malaysia di Auditorium Perpustakaan UMPSA Pekan.