Skip to main content

Bengkel Pemerkasaan Penjenamaan lonjak keterlihatan (visibility) UMPSA

GENTING HIGHLANDS, 3 Disember 2024 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Penjenamaan yang dijadikan platform untuk menganalisis impak perubahan penjenamaan terhadap identiti dan citra universiti melibatkan pemegang taruh terutamanya alumni, industri, pelajar dan masyarakat. 

Bengkel dua hari mulai 2 hingga 3 Disember anjuran Pusat Komunikasi Korporat (PKK) itu turut membincangkan mengenai imej dan reputasi UMPSA terutama dari segi penjenamaan fizikal dan visual, laman sesawang UMPSA, pemasaran dan program-program yang berimpak (flagship) yang dijangka mampu untuk melonjakkan keterlihatan (visibility) UMPSA.

Bengkel Pemerkasaan Penjenamaan lonjak keterlihatan (visibility) UMPSA

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penjenamaan UMPSA, bengkel ini memberi peluang pihak jawatankuasa dan ketua jabatan untuk merangka strategi meningkatkan usaha keterlihatan (visibility) dan melonjakkan universiti ke tahap yang lebih tinggi. 

“Bengkel ini juga bertujuan untuk menjadikan platform kepada jawatankuasa ini yang berperanan menganalisis impak perubahan penjenamaan terhadap identiti dan citra universiti dengan melibatkan pihak berkepentingan seperti alumni, pelajar, industri dan masyarakat,” katanya. 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dato' Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman, Penolong Naib Canselor Pengembangan Akademik, Profesor Dr. Kamal Yusoh dan Pengarah PKK, Mimi Rabita Abdul Wahit.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri