Warga UMPSA berarak sambil berselawat rai Sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti
PEKAN, 9 September 2025 - Warga Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berarak menuju ke Masjid Al-Jazari dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidul Rasul bagi tujuan memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW.
Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias dan barisan pengurusan mendahului perarakan bersama 22 kontinjen mewakili jabatan dan fakulti dengan penuh warna-warni.