UMP tangguh P&P sehingga 14 April depan
Pekan, 27 Mac- Susulan pelanjutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara dan arahan penutupan semua lnstitusi Pendidikan Tinggi (IPT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) menangguhkan semua operasi perkhidmatan dan tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) termasuk dalam talian dilaksanakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac sehingga 14 April 2020.