60 sukarelawan UMP Kilau tanam 150 pokok di Tasik Chini
CHINI, 13 Julai 2023 - Seramai 60 sukarelawan Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kilau dengan kerjasama petugas Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Next Green Pulp and Papers (NGPP) meneruskan misi penanaman sebanyak 150 pokok bagi siri kedua sempena Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di Kampung Gumum, Tasik Chini.
Program itu diketuai oleh Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM), Profesor Madya Ir. Dr. Nurul Hazlina Noordin.