UMPSA perluas rangkaian kerjasama dengan industri di Gebeng
KUANTAN, 9 Oktober 2023 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) perluas rangkaian kerjasama dengan industri di Gebeng bagi mewujudkan kerjasama dengan rakan industri dalam bidang yang disepakati bersama dengan universiti.
Program anjuran Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) dan Jabatan Penyelidikan & Inovasi (JPI) bersama pihak Gebeng Industrial Support Group (GISG) itu berkongsi maklumat dan pendedahan kepada industri di Gebeng tentang bidang kepakaran UMPSA dalam menyelesaikan permasalahan industri.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, pihaknya merakamkan penghargaan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh rakan-rakan industri dalam terus menjadikan UMPSA sebagai rakan kerjasama bagi memacu kecemerlangan dan keperluan strategik bersama.
“Dengan kepakaran dan teknologi hasil kerjasama ini akan meningkatkan lagi kejayaan program yang berimpak tinggi dan membuka lebih banyak peluang serta penerokaan kepada bidang -bidang lain yang berkaitan,” katanya.
Dalam pada itu, UMPSA kini memiliki seramai sepuluh orang penyelidik yang tersenarai antara 2 peratus Saintis terbaik di dunia bagi kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement) dan seramai 20 orang penyelidik UMPSA turut tersenarai dalam Pencapaian Satu Tahun (Single Year Achievement).
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr. Kamal Zuhairi Zamli, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Profesor Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Penolong Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, Profesor Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim serta pengurusan universiti.
Dalam pada masa yang sama majlis turut menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MoA) melibatkan Pengarah dan Pengurus Besar Kaneka (Malaysia) Sdn. Bhd,, Tuan Syed Ahmad Idrus Alhabshi, Pengarah Urusan BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd., Marko Murtonen, Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals MTBE Sdn. Bhd., Haji Ahmad Zaiyan Mohd Kassim dan Pengurus Besar Camel Power (M) Sdn. Bhd., Jerry Xue Shihua.
Disediakan oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Pusat Komunikasi Korporat
- 112 views