Bagi kebanyakan pelajar, tamatnya pengajian di universiti menandakan bermulanya satu perjalanan baharu dalam hidup iaitu memasuki dunia pekerjaan. Namun realitinya, memiliki keputusan akademik yang baik sahaja tidak menjamin seseorang itu mudah mendapat pekerjaan.