Skip to main content

UMPSA bangun RimauStrike, Spike Trainer, tingkat keberkesanan latihan sukan takraw negara

KUANTAN - Penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya membangunkan mesin pelancar bola takraw dinamakan 'RimauStrike' dan 'Spike Trainer' bagi meningkatkan keberkesanan dan konsistensi sesi latihan atlet sukan itu.

Pembangunan dan pengujian mesin teknologi sukan itu turut melibatkan kerjasama strategik bersama Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Majlis Sukan Pahang (MSP).

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias berkata, penyelidikan dijalankan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) serta Akademi TVET Termaju melalui Pusat Inovasi Teknologi Sukan (STIC) UMPSA.

Menurutnya, STIC UMPSA merupakan Pusat Kecemerlangan Industri Sukan Negara berperanan berkongsi kepakaran khususnys dalam pembangunan dan penyelidikan teknologi sukan.

Author
azwin