Skip to main content

Kolaborasi UMPSA, Aviation Australia perkukuh inovasi teknologi aeroangkasa

Bidang aeroangkasa kini menjadi fokus strategik bagi banyak negara kerana ia memainkan peranan penting dalam memacu kemajuan teknologi, menyokong keselamatan, memantau alam sekitar serta membuka peluang ekonomi dan kerjaya berkemahiran tinggi.

Daripada pembangunan satelit dan dron hingga penyelidikan roket dan sistem udara tanpa pemandu (UAS), sektor ini menjadi tulang belakang inovasi yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian masyarakat dan pembangunan negara.

Menyedari kepentingan ini, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengambil langkah proaktif untuk memperkukuh bidang aeroangkasa melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Aviation Australia.

Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan mengukuhkan kerjasama antarabangsa, tetapi juga sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama dalam bidang aeroangkasa dan pembangunan bakat industri penerbangan.

Author
azwin