UMPSA anjur Sesi Dialog ‘SDG: An International Dialogue’
PEKAN, 21 November 2024 - Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) baru-baru ini menganjurkan Sesi Dialog ‘SDG: An International Dialogue’ dan program Pelepasan Kembara Mobiliti Antarabangsa UMPSA.
Program tersebut berjaya memperkenalkan budaya masyarakat setempat kepada pelajar luar negara melalui pelbagai aktiviti yang mengetengahkan keunikan dan keistimewaan negeri Pahang Darul Makmur.
Di samping itu juga, ia turut menjadi platform untuk mewujudkan jaringan kerjasama antara negara, industri, dan agensi yang terlibat serta memberi pendedahan berkenaan impak pelancongan pendidikan terhadap komuniti setempat.
Program Edu-Tourism ini merupakan salah satu KPI di dalam Pelan Strategik UMPSA25 di bawah Teras 6A: Pengantarabangsaan Mahasiswa.
Pada masa yang sama juga turut diadakan sesi simbolik pelepasan mobiliti antarabangsa UMPSA oleh Pengurus Besar JHEPA, Haryani Abdullah dan Pengarah Perkhidmatan Pelajar JHEPA, Mohd Raizalhilmy Mohd Rais.
Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed.
Selain forum, ia turut dimeriahkan dengan program Lepak dan Ngopi yang berlangsung dengan penuh kemeriahan.
Program itu bukan hanya menawarkan air kopi percuma dan makanan tradisi, tetapi juga memberikan peluang kepada para mahasiswa UMPSA dan pelajar antarabangsa untuk berkongsi dan mempelajari budaya masing-masing.
Antara aktiviti yang menarik perhatian termasuk permainan tradisional, persembahan kebudayaan, dan jamuan rakyat.
Malah para peserta juga berpeluang untuk beriadah santai sambil berinteraksi bersama pelajar dari pelbagai latar belakang.
Program ini turut memberi ruang interaksi bersama pelajar mobiliti dan memperkenalkan mereka kepada budaya tempatan dan pengalaman akademik di Malaysia.
Sebanyak sembilan kumpulan mobiliti yang akan berlepas ke luar negara, antaranya;
1. Sustainable Outreach and Culinary Exchange@Korea (Peka 1)
- Jeonbuk National University (JBNU)
- 18 orang pelajar dan seorang staf
2. Skill Spectrum Outreach - Exploring Yogyakarta's Cultural Kaleidoscope (Peka 3)
- Sijil Kompetensi di Universitas Islam Mulia Yogyakarta
- Latihan dalam bidang psikologi Islam dan meneroka Kaleidoskop Budaya Yogyakarta
3. Edo Epic Expedition@Tokyo, Jepun (Peka 4)
- Sijil Kompetensi: Shibaura Institute of Technology
- Feed Homeless Program@Ueno Park kolaborasi bersama Masjid Tokyo Nishikasai
4. Program Mirai No Tobira@Osaka, Jepun (BTE-FTKEE)
- Sijil Kompetensi IoT dan Automation di Asca Tech Lab.
- Kerjasama dengan Kobe University.
5. Program Mobiliti Antarabangsa Kembara UMPSA@Ho Chi Minh (SULUNG)
- Mahasiswa Penerima Biasiswa Sulung
- Menjalani Latihan Kompetensi Industri di University of Ho Chi Minh
- 15 orang
6. UMPSA Scholars Without Limits To Vietnam (IMPRESS)
- Kursus Information Management di University of Social Science and Humanities, Ho Chi Minh
- 23 hingga 28 November 2024
7. Penyayang X Damai Youth Development & Volunteer@Ho Chi Minh (Penyayang-Damai)
- Pusat Jagaan Kanak-kanak Kurang Upaya dan Anak-anak Yatim Thien Phuoc
- Persijilan Kompetensi Sukarelawan OKU di Vietnam.
8. Program Kembara Eksplorasi Asia@China 2024 (Yayasan UMPSA)
- Program Pendidikan dan Teknologi di Al Hadi Taiwan Islamic Education & Culture Center
- National Taiwan University (NTU)
9. Program Mobiliti Jejak Jogjakarta
- Universitas Islam Mulia
- 25 hingga 29 November 2024
Disediakan Oleh: Siti Nur Azwin Zulkapri, Pusat Komunikasi Korporat
- 79 views