UMP Tumpu Inovasi 4.0
Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini. Dengan pencapaian lima bintang dalam Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA) pembudayaan universiti ini akan terus melonjakkan kecemerlangan universiti ini menuju kegemilangan.