27 penyelidik UMPSA tersenarai dalam kelompok World's Top 2% Scientists 2026
PEKAN, 14 Oktober 2026 - Seramai 27 penyelidik Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) tersenarai dalam kelompok World's Top 2% Scientists 2026 berdasarkan data terbaharu yang dikeluarkan oleh Elsevier BV dan Stanford University baru-baru ini.
Senarai berprestij itu diterbitkan setiap tahun berdasarkan pangkalan data Scopus, dengan mengambil kira dua kaedah penilaian utama iaitu Career-Long Citation Impact dan Single Year Citation Impact.
Daripada senarai tersebut, 12 daripada penyelidik UMPSA turut diiktiraf di bawah kategori Pencapaian Setahun (Single Year Achievement) dan kategori Pencapaian Sepanjang Kerjaya (Career-Long Achievement).
Penyelidik yang diiktiraf di bawah kedua-dua kategori (Pencapaian Setahun dan Sepanjang Kerjaya) ialah Profesor Ir. Ts. Dr. Kumaran Kadirgama (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Madya Dr. Sudhakar Kumarasamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Madya Eur Ing. Ir. Ts. Dr. Norazlianie Sazali (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik), Profesor Dato’ Ts. Dr. Zularisam Ab. Wahid (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam).
Lain-lain Profesor Madya Dr. Ramadhansyah Putra Jaya (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam), Profesor Dato’ Ts. Dr. Kamal Zuhairi Zamli (Fakulti Komputeran), Profesor Dr. Wan Azmi Wan Hamzah (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Ashraf Ahmad (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Profesor Dr. Rizalman Mamat (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Ts. Dr. Mohd Herwan Sulaiman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Profesor Ts. Dr. Md. Mustafizur Rahman (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif) dan Profesor Madya Dr. Ferda Ernawan (Fakulti Komputeran).
Manakala penyelidik bagi kategori Pencapaian Setahun ialah Profesor Madya Dr. Muhammad Ashraf Fauri@Fauzi (Fakulti Pengurusan Industri), Profesor Dr. Yudi Fernando (Fakulti Pengurusan Industri), Profesor Ir. Ts. Dr. Wan Sharuzi Wan Harun (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Madya Ts. Dr. Liang Yong Yeow (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses), Profesor Dr. Abdurahman Hamid Nour (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses), Profesor Ts. Dr. Mohd Rashid Ab Hamid (Pusat Sains Matematik), Profesor Madya Ts. Dr. Ahmad Shahrizan Abdul Ghani (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Pembuatan dan Mekatronik), ChM. Ts. Dr. Ros Azlinawati Ramli (Fakulti Sains dan Teknologi Industri).
Turut tersenarai Profesor Madya Ts. Dr. Herma Dina Setiabudi (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses), Ts. Dr. Zuriani Mustaffa (Fakulti Komputeran), Profesor Ts. Dr. Khairunisa Muthusamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam), Profesor Madya Ts. Dr. Devarajan Ramasamy (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Ir. Dr. Mohd Fairsuham Ghazali (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif), Profesor Dr. Yatimah Alias (Fakulti Sains dan Teknologi Industri) dan Ts. Dr. Mohd Shawal Jadin (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik).
Naib Canselor UMPSA, Profesor Ts. Dr. Yatimah Alias menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini yang menyaksikan pengiktirafan terhadap penyelidik UMPSA bersaing di pentas antarabangsa.
Beliau yang turut tersenarai sebagai antara penyelidik ini berkata, kejayaan ini juga membuktikan komitmen UMPSA untuk kekal sebagai sebuah universiti teknikal yang unggul dalam melahirkan penyelidik bertaraf dunia.
"Pengiktirafan ini bukan sahaja mengangkat nama UMPSA di peringkat global, malah menjadi inspirasi kepada seluruh warga penyelidik untuk terus meningkatkan mutu penerbitan, penghasilan inovasi serta memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan ilmu dan kesejahteraan masyarakat,” ujarnya.
Pencapaian ini membuktikan komitmen berterusan UMPSA sebagai universiti terbaik dalam Rangkaian Universiti-universiti Teknikal Malaysia (MTUN) untuk terus memacu penyelidikan berimpak tinggi, menghasilkan penyelesaian inovatif di bawah slogan ‘Teknologi untuk Masyarakat’.
Selain itu ialah bagi melahirkan modal insan berkualiti demi pembangunan negara dan global.
Stanford University mula menerbitkan senarai World's Top 2% Scientists pada tahun 2019 dengan metodologi pemilihan yang telus merangkumi jumlah sitasi, h-index dan prestasi penyelidikan berimpak tinggi.
Senarai itu diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana menggunakan data bibliometrik komprehensif daripada Scopus, sekali gus menonjolkan penyelidik yang konsisten memberikan sumbangan signifikan dalam bidang kepakaran masing-masing.
Oleh: Norul Fadilah Abdullah, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
- 56 views