AiGenFest@Festival Idea Pahang serlah potensi Generative AI perkasa produktiviti dan kreativiti
GAMBANG, 12 Oktober 2025 – Program AiGenFest anjuran Pusat Teknologi Industri Termaju (AIT), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersempena dengan Festival Idea@Pahang 2025 berjaya menarik perhatian warga akademik, pelajar serta penggiat industri apabila mengetengahkan potensi Generative Artificial Intelligence (AI) dalam memperkasa produktiviti, kreativiti dan pendidikan masa depan.