Skip to main content

Siri Cabaran Gunung: Ujian Ketahanan Ekstrem di Gunung Rajah

Cabaran gunung berkonsepkan self-support yang berjarak 50 km dengan jumlah elevasi mencecah lebih 4,500 meter bukan sekadar perlumbaan. Namun, ia merupakan satu cabaran terhadap ketahanan yang menguji batas fizikal dan mental peserta. Dengan tempoh cabaran yang diberikan iaitu selama 28 jam, peserta perlu menawan empat puncak utama iaitu Hulu Bakau, Gunung Rajah, Bukit Kutu dan Bukit Kunong yang mana ia merupakan satu kombinasi laluan teknikal beserta pendakian agresif dengan perubahan cuaca yang tidak menentu.

Jangan Salahkan Baju Raya Tapi Berjuang Melalui Riadah Ramadan

Fenomena keluhan mengenai busana lebaran yang tiba tiba menjadi sempit merupakan naratif klise yang sering kali menghiasi perbualan masyarakat setiap kali menjelangnya syawal namun ironinya punca utama kepada permasalahan tersebut jarang sekali dibedah dengan jujur. Kita sering kali terperangkap dalam kepompong pemikiran bahawa bulan puasa adalah fasa untuk merehatkan tubuh secara total sehingga menyebabkan kadar metabolisme basal menurun akibat gaya hidup sedentari yang melampau. 

Renungan Al-Quran tentang Tujuan dan Makna Eksistensi Manusia

Bayangkan seorang individu yang memiliki segalanya. Kekayaan melimpah, kesihatan yang baik, keluarga yang harmoni dan kedudukan sosial yang dihormati. Rumah besar berdiri megah, kenderaan mewah tersusun di halaman, percutian ke luar negara menjadi rutin tahunan. Dari luar, kehidupannya tampak sempurna. Namun, pada waktu malam ketika sunyi mengambil alih, muncul satu rasa kosong yang sukar dijelaskan. Hatinya bertanya tentang makna sebenar semua pencapaian itu. Pertanyaan itu tidak berbunyi lantang, tetapi cukup untuk mengganggu lena dan meresahkan jiwa.

Universiti Ketabahan: Menelusuri Falsafah ‘Diam’ dan Legasi Enam Dekad Seorang Bapa

Dalam wacana sosiologi dan naratif budaya masyarakat kita, figura ibu sering kali diangkat sebagai simbol kasih sayang yang paling eksplisit; dirayakan dalam syair, dimuliakan dalam peribahasa, dan dikenang dalam setiap detik kehidupan. Namun, di sudut yang lebih sunyi, wujud satu entiti yang jarang dicanangkan secara terbuka: bapa. Ia bukan kerana jasanya kurang bererti, tetapi kerana pengorbanannya jarang dilaungkan, bahkan oleh dirinya sendiri.

Ramadan di Skrin: Antara Berkat dan FOMO

Ramadan hadir setiap tahun sebagai bulan latihan rohani yang mengundang rindu dan harapan. Namun, wajahnya pada era digital semakin kompleks dan sarat cabaran yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi terdahulu. Bulan yang sepatutnya menjadi madrasah tarbiah jiwa kini berhadapan dengan realiti baharu yang dipanggil FOMO atau Fear of Missing Out, satu fenomena psikologi yang digerakkan oleh budaya media sosial dan diperkukuh oleh algoritma kecerdasan buatan. 

Penyatuan 16 Stesen Automasi Perkukuh Pembelajaran Industri dan Digital Twin di FTKEE

PEKAN, 6 Februari 2026 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh peranannya dalam menyokong agenda ekonomi digital negara dan Revolusi Industri Keempat (IR4.0) menerusi pelaksanaan projek penyatuan 16 stesen automasi yang dibangunkan oleh pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik Industri (BVI) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE).

UMPSA Universiti Masa Depan Pilihan Lepasan SPM dalam Era Kebolehpasaran Global dan Ijazah Dual

Langkah kaki seorang remaja yang baharu sahaja menggenggam slip keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selalunya diiringi dengan debar jantung yang tidak menentu serta seribu satu persoalan tentang arah tuju masa depan yang masih samar. Realiti kehidupan hari ini menuntut kita untuk melihat melampaui sempadan fizikal sebuah kampus kerana dunia pekerjaan tidak lagi sekadar menilai sehelai skrol kertas tetapi lebih kepada nilai tambah serta daya saing di peringkat global. 

Krisis Kebolehbacaan: Mengapa Tulisan Kita Diabaikan

Dalam dunia digital, pembaca tidak membaca seperti dahulu. Mereka mengimbas. Mereka menilai dalam beberapa saat. Jika teks gagal menyampaikan maksud dengan segera, ia akan ditinggalkan.

Ini bukan soal sikap malas. Ini soal ekonomi perhatian. Masalah sebenar bukan kekurangan  maklumat. Masalahnya ialah lambakan maklumat yang tidak tersusun. Di sinilah kebolehbacaan menjadi penentu sama ada sesuatu tulisan berfungsi atau gagal.

Kebolehbacaan Bukan Soal Bahasa Semata-mata