Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Move Robotic Sdn. Bhd. dan Pixel Intelligence Co., Ltd. (PIX Moving) bagi mempercepat pembangunan serta penerapan teknologi mobiliti pintar di Malaysia, khususnya melibatkan kenderaan autonomi. Kerjasama tiga pihak itu dimeterai bersempena Paris Motor Show 2026 di reruai PIX Moving, Paris Expo Porte de Versailles,…
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Move Robotic Sdn. Bhd. dan Pixel Intelligence Co., Ltd. (PIX Moving) bagi mempercepat pembangunan serta penerapan teknologi mobiliti pintar di Malaysia, khususnya melibatkan kenderaan autonomi.
Kerjasama tiga pihak itu dimeterai bersempena Paris Motor Show 2026 di reruai PIX Moving, Paris Expo Porte de Versailles, Paris.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Duta Besar Malaysia ke Perancis, TYT Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim.
Menerusi kerjasama ini, ketiga-tiga pihak akan menggabungkan kepakaran penyelidikan universiti, pengalaman pelaksanaan industri dan teknologi kenderaan autonomi bagi membangunkan penyelesaian yang sesuai dengan keadaan jalan raya, corak pemanduan serta keperluan operasi di Malaysia.
Beliau berkata, penerapan teknologi perlu disertai penguasaan pengetahuan, pengalaman teknikal dan keupayaan menyelesaikan masalah supaya manfaatnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekosistem mobiliti pintar tempatan.
Kerjasama itu turut selari dengan aspirasi K.I.T.A., khususnya lonjakan Inovasi dan Industri dalam Amanat Naib Canselor 2026, yang menekankan hubungan lebih rapat antara kepakaran universiti dengan keperluan industri.
Di bawah perjanjian tersebut, UMPSA akan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk menambah baik algoritma mobiliti autonomi agar lebih sesuai dengan persekitaran jalan raya Malaysia.
Data yang dikumpulkan sepanjang pelaksanaan projek pula akan digunakan bagi membantu algoritma memahami dan memberikan respons yang lebih baik terhadap corak pemanduan serta interaksi pengguna jalan raya tempatan.
Bagi pihak industri, Move Robotic akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan RoboBus dalam persekitaran komersial sebenar.