UMP raih 19 pingat emas dianugerahkan ITEX Golden Award
KUALA LUMPUR, 14 Disember 2021 - Universiti Malaysia Pahang ( UMP) rangkul anugerah ITEX Golden Award atas kejayaan meraih 19 pingat emas, sembilan pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2021 yang berlangsung Kuala Lumpur Convention Centre.