MARS UMPSA iktiraf ketokohan kepimpinan pelajar dan alumni
KUANTAN, 18 Mei 2024 - Majlis Malam Anugerah Mercu Sanjung (MARS), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengiktiraf mahasiswa yang telah menunjukkan kepimpinan yang holistik dan kompeten selari dengan inisiatif strategik melahirkan graduan holistik.
Majlis menyaksikan sebanyak 28 anugerah yang merangkumi tiga komponen utama iaitu anugerah kepada mahasiswa, alumni dan industri telah dipertandingkan.