UMP Advanced Sumbang RM5.8J
UMP Advanced merupakan anak syarikat milik penuh Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memfokuskan kepada aktiviti pembelajaran sepanjang hayat (PSH) menjadi tonggak kepada penjenamaan pendapatan universiti. Ianya selari dengan hasrat kementerian dalam menjadikan universiti awam mampan dan lestari dari segi kewangan, UMP Advanced berperanan dalam merealisasikan hal tersebut.
UMP Advanced berjaya merekodkan pencapaian pertumbuhan sebanyak 39 peratus pada 2017 iaitu RM21.4 juta secara keseluruhannya berbanding pencapaian pada tahun 2016 sebanyak RM15.4 juta.