PEKAN: Mengenangkan nasib keluarga yang tidak berkemampuan, Muhammad Afiq Danial Arifin membuat keputusan menolak tawaran mengikuti pengajian Sarjana Muda Teknologi Automasi Elektronik di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
Bagaimanapun, dengan keprihatinan semua pihak termasuk guru dan pihak UMPSA, beliau akhirnya menerima tawaran itu selepas dimaklumkan masalah dihadapi terutama berkaitan kewangan selesai.
"Saya berterima kasih dan bersyukur dengan sokongan daripada semua pihak terutama guru dan pihak UMPSA yang mahu saya mengikuti pengajian di universiti
"Saya akan berusaha dan memberikan yang terbaik atas kerjasama dan sokongan yang diberikan," kata Muhammad Afiq Danial dari Kampung Bukit Berangan, Tepoh, Kuala Nerus, Terengganu.