KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) kini mengorak langkah proaktif untuk memacu prestasi atlet para negara menerusi perluasan inovasi teknologi sukan berteraskan kepakaran penyelidikan universiti berkenaan.
Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata fokus terhadap arena paralimpik itu selaras dengan kewujudan pusat inklusif di universiti berkenaan yang komited dalam menjalankan pelbagai penyelidikan khusus untuk golongan orang kelainan upaya (OKU).
Beliau berkata, inisiatif strategik itu dimaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari, baru-baru ini, yang menyambut baik potensi teknologi sukan dalam memberikan nilai tambah kepada prestasi atlet istimewa negara.
"Saya berkesempatan berjumpa Menteri Belia dan Sukan pada satu majlis dan berbual beberapa perkara termasuk tentang penyelidikan paralimpik dengan respons sangat positif dan meminta kami untuk memberi kertas cadangan atau kertas kerja lebih spesifik.