Skip to main content

Yana Samsudin tetap hadir konvokesyen walau berpantang

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Yana Samsudin, berkongsi kisah lucu apabila anak sulungnya, Aisy Mateen, memberitahu guru di sekolah bahawa ibunya hanya "bermain telefon", manakala bapanya, Fadzil Zahari, pula bekerja sebagai pemandu kepada ibunya.

Perkongsian mencuit hati itu dimuat naik Yana menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

"Anak saya pernah cerita pada cikgunya, dia kata mak saya kerja main telefon, ayah saya pula jadi 'driver' mak saya. Mungkin dia tengok kehidupan mummy dan daddy macam santai dan mudah.

"Sedangkan mereka tak tahu bagaimana saya bekerja keras sewaktu zaman muda," tulis Yana,

Author
azwin