Info Sekitar Kampus 1,500 mahasiswa UMP banjiri Town Hall Menteri Belia dan SukanLebih 1,500 mahasiswa membanjiri Dewan Astaka Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang dalam menjayakan siri Town Hall Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama belia dan mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi sekitar (IPT) Negeri Pahang pada 18 Februari 2019 yang lalu. Mereka terdiri daripada mahasiswa, belia dan wakil persatuan sukan antaranya yang hadir daripada Widad University College, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Pahang Skills Development Centre (PSDC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM). Menurut Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir, pihaknya mengalukan-alukan kehadiran Yang Berhormat Syed Saddiq untuk berkongsi aspirasi dan mendengar suara anak muda dalam kalangan mahasiswa yang buat julung kalinya di universiti ini. Pendekatan yang dimainkan semua pihak dalam membentuk golongan belia berketerampilan amat penting bagi melahirkan belia sebagai pewaris masa depan,” katanya. Syed Saddiq juga meluangkan masa lebih dua jam untuk memberi penerangan berkaitan dasar-dasar kerajaan dan sesi soal jawab berkaitan mahasiswa serta belia. Perbincangan berkisarkan pandangan dan cadangan bagi menangani isu pembangunan sukan, kepimpinan belia, pengangguran dan kenaikan taraf hidup yang menjadi beban buat generasi muda. Pengalaman ini pastinya dapat digunakan golongan muda untuk kembali menyumbang kepada pembangunan negara kelak. Info Sekitar Kampus UMP cipta kecemerlangan bersama industri, perkasa keusahawananMendepani tahun 2019, Universiti Malaysia Pahang (UMP) terus mengorak langkah mencipta kecemerlangan dan dinamik dalam menjayakan visi UMP menjadi Universiti Teknologi Terunggul. Lebih 5,000 orang terdiri daripada warga UMP hadir untuk mendengar Amanat Tahunan 2019 oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato Sri Dr Daing Nasir Ibrahim yang bertemakan ‘Meraikan Kejayaan Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang pada 19 Februari 2019 yang lalu. Meraikan kejayaan Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir berkata, UMP adalah universiti pertama dalam kalangan universiti teknikal (MTUN) berjaya berada pada kedudukan 188 terbaik di Asia dalam QS University Ranking Asia: 2019 serta memperoleh penilaian lima bintang untuk kriteria Pengajaran dan Pembelajaran dalam Sistem Penilaian Quacquarelli Symonds (QS) Stars Rating 2018. “Pihak QS juga menyenaraikan subjek Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di UMP dalam kelompok 251-300 terbaik di dunia. “Turut dibuktikan dengan pencapaian lima bintang dalam semua aspek penarafan termasuk Penilaian Penyelidikan Malaysia (MyRA), Sistem Penarafan Universiti dan Kolej Universiti (SETARA), Penarafan Pengumpulan Data Kementerian Pendidikan (MyMohes) dan Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara,” ujar beliau. Menurut Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir, pertukaran pengetahuan, pembangunan penyelidikan, aktiviti perundingan, latihan dan pengkomersialan bakal menjadi agenda utama dalam memenuhi kehendak industri UMP. “UMP juga akan turut memanfaatkan Industry Network Alumni Platform (INAP) sebagai suatu platform penting terhadap komitmen tinggi dan usaha berterusan UMP dalam memperkasa jaringan industri dan hubungan alumni. “INAP merupakan sebuah inisiatif yang dicetuskan secara kolektif antara Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat serta Persatuan Alumni UMP dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni sebagai platform buat alumni universiti ini yang berkhidmat di sektor awam dan swasta untuk membina hubungan (networking), berinteraksi dan memberi sumbangsaran atas kapasiti profesional mereka sebagai eksekutif, teknokrat, usahawan, akademia dan sebagainya. “Manakala bagi menyuburkan bidang keusahawanan, UMP akan memberi tumpuan terhadap Industri Kecil Sederhana (IKS), memulakan program Teknousahawan yang unik dan membangunkan International Incubator Network,” katanya lagi. Dalam menyahut seruan kerajaan untuk memperkasa ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Daing Nasir berkata, UMP bakal menawarkan enam program baharu Sarjana Muda Teknologi berkaitan kejuruteraan yang mensasarkan lepasan kolej vokasional, politeknik dan institusi latihan kemahiran lain mulai tahun ini. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Wan Azhar Wan Mohd Yusof, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin dan Pengerusi Majlis Tindakan INAP, Amir Ashraf Hamzah. Turut berlangsung pelancaran Polisi Hijau UMP dan Kempen Let's Break Up with Single Use Plastic iaitu kempen untuk mengurangkan penggunaan plastik oleh warga kampus UMP yang akan menyaksikan UMP akan memberi tumpuan kepada aspek pengurusan sisa yang merupakan salah satu bidang kesihatan persekitaran dengan memfokuskan kepada enam prinsip iaitu Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Rot & Re-Think. Pelbagai program telah dianjurkan oleh pihak Pusat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UMP (OSHMO) bagi menjayakan agenda pengurusan secara lestari dalam meningkatkan kesedaran terhadap usaha ini. UMP akan terus memperkasa bidang pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan yang bertaraf dunia dalam ekosistem kejuruteraan dan teknologi dengan lebih kreatif juga inovatif berdasarkan lima bidang tujahan berkaitan kejuruteraan kimia, kejuruteraan automotif, bioteknologi industri, kimia halus dan khusus dan kejuruteraan pembuatan yang dapat memanfaatkan masyarakat di negara ini. Penyelidikan dan Inovasi CITREX 2019 galak budaya inovasi dalam kalangan penyelidik mudaPertandingan Creation, Innovation, Technology & Research Exposition (CITREX) 2019 yang masuk edisi kesembilan penganjurannya menyaksikan Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai medan penggalakan dan penyuburan budaya inovasi dalam kalangan para penyelidik sama ada staf akademik mahu pun mahasiswa UMP. CITREX 2019 ini turut melibatkan penyertaan rakan penyelidik dari tiga buah Universiti Awam (UA) dalam rangkaian universiti teknikal (MTUN) iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pertandingan dua hari ini telah diadakan pada 13 dan 14 Februari 2019 di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang. Pertandingan menyaksikan sebanyak 407 penyertaan diterima pada tahun ini yang merupakan peningkatan 21 peratus berbanding 335 penyertaan pada tahun 2018. Edisi CITREX kali ini juga melibatkan penyertaan sulung bagi kategori Sekolah Menengah. Inisiatif ini mendukung aspirasi universiti untuk memasyarakatkan teknologi menerusi galakan terhadap penyuburan STREAM (Science – Technology –Reading – Engineering – Arts – Mathematics) dalam kalangan pelajar sekolah. Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim, sebanyak 203 penyertaan membabitkan staf UMP, 13 penyertaan daripada jaringan universiti teknikal (MTUN), 173 penyertaan pelajar UMP dan 18 penyertaan pelajar Sekolah Menengah membabitkan Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Maktab Rendah Sains MARA dalam CITREX 2019 kali ini. “UMP juga turut mempelawa pelajar sekolah untuk menyertai lebih banyak pertandingan termasuklah National STEM Colloqium, Pahang Hackathon dan Pahang Fox Hunting yang dijadualkan bakal berlangsung pada pertengahan tahun ini di UMP. Begitu juga peluang terbuka buat penyelidik dalam kalangan staf akademik dan mahasiswa UMP serta rakan-rakan sekolah dan institusi luar juga untuk mengambil bahagian dalam International Festival of Innovation on Green Technology (iFINOG) yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 April ini, “ katanya yang hadir menyampaikan hadiah dan 13 anugerah khas terbaik kepada para pemenang. Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Profesor Dato’ Dr. Mashitah Mohd Yusoff dan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dr. Wan Azhar Wan Yusoff. Pertandingan menyaksikan mahasiswa UMP, Nurul Jannah Baharuddin bersama penyelidik lain, Puteri Nur Najihah, Faris ‘Imadi Shamsul, Muhammad Zulhilmi Shamsul Amran, Edward Ang Sheng Hui dan Dr. Muchamaf Oktaviadri berjaya membawa pulang pingat emas dan dinobatkan Penyelidikan Terbaik (Kategori Pelajar) melalui kajian Seal Strength Tester Machine (SSTM) yang digunakan untuk menguji sama ada bungkusan produk mempunyai kebocoran secara automatik. Lebih menariknya penyelidikan ini mampu untuk menganalisa keadaan kualiti udara dan akan memberikan cadangan untuk tambah baik kualiti udara menerusi aplikasi. Ahli kumpulan terdiri daripada Dr. Rahmah Mokhtar, Fauziah Zainuddin, Roslina Abd Hamid, Amirul Husni Abdul Ghaffar, Khairul Adlan Ismail, Lai Mom Cin, Chia Zhen Hon dan Nazira Azman. Penyelidkan dan Inovasi 2 penyelidik UMP cipta Lampu LED tahan lebih lamaDua penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) berjaya menghasilkan sistem Lampu Diod Pemancar Cahaya (LED) berkecapaian tinggi dikenali sebagai UMP USB LED Stick. Penyelidikan ini mula dibangunkan pada tahun 2010 oleh Hisaji Noda dan Muhammad Ikram Mohd Rashid. Ketua projek, Hisaji Noda yang berasal dari Fukuoka, Jepun berkata, idea penyelidikan ini bermula apabila melihat kebanyakan sistem LED yang telah dipasarkan mempunyai masalah dari jangka hayat dan dari segi haba yang dihasilkan oleh sistem LED tersebut. “Disebabkan haba yang dihasilkan terlalu tinggi ini menyebabkan sistem tersebut tidak tahan lama. “Berbanding UMP USB LED Stick yang mampu bertahan sehingga 16 jam penggunaan dan tidak panas berbanding produk pasaran. Faktor mudah panas ini akan menyebabkan lampu itu mudah rosak. “Sememangnya lambakan lampu LED di pasaran namun ianya mudah panas dan mampu bertahan sekitar tiga hingga lima jam sahaja,” katanya. Selain itu juga, katanya, produk UMP USB LED Stick ini direka agar mudah digunakan dan dibawa. “Bagi penggunaannya pengguna hanya perlu mengenakan USB ke power bank untuk menghidupkan sistem lampu LED ini. “Produk ini mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peniaga pasar malam, pengembara, mekanik dan pengguna untuk mendapatkan sumber cahaya pada waktu malam. Alat ini senang untuk dibawa ke mana sahaja dan tidak memerlukan sumber tenaga dari utiliti. “Bagi perancangan akan datang, sistem LED yang dibangunkan ini akan dipasarkan dalam beberapa produk LED seperti lampu jalan, lampu rumah, lampu hiasan dan lampu limpah,” ujar beliau lagi. Manakala Mohammad Ikram pula berkata, projek ini dibiayai oleh geran daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) dengan kerjasama syarikat MHK Technologies Sdn. Bhd. yang mana syarikat ini akan memasarkan produk UMP USB LED Stick ini nanti. “Pengguna boleh mendapatkan produk ini dengan harga RM250 seunit yang mengandungi dua unit LED Stick dan satu unit power bank. “Produk ini turut mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara dalam pertandingan reka cipta antaranya dalam pertandingan Reka Cipta, Kreatif dan Inovasi (CITREX 2010), pameran Penyelidikan Antarabangsa (ITEX' 15) dan Seoul International Invention Fair (SIIF 2011). “Pada masa yang yang sama, produk ini turut diuji di kampus UMP Pekan dan didapati bertahan sehingga kini setelah beberapa tahun ujian dilakukan,” ujar beliau. Beliau mengharapkan dengan sistem LED yang dibangunkan ini boleh menyelesaikan masalah sistem LED sedia ada dan dapat menyelesaikan masalah sumber cahaya di kawasan yang tidak mempunyai sumber tenaga elektrik. |
- 131 views