Info Sekitar Kampus Pengiktirafan UMP buat warga cemerlang dan komuniti terima anugerahWarga kerja Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang merupakan sebahagian daripada komponen perkhidmatan awam Malaysia perlu lebih kreatif, inovatif dan bijaksana dalam menghasilkan kerja yang berkualiti dengan budaya kecemerlangan dan integriti. Dengan ekosistem korporat dan berautonomi, setiap warga harus lebih bersedia untuk menerima sebarang arus perubahan dalam memantapkan tadbir urus perkhidmatan awam dengan lebih cekap seiring dengan keperluan Revolusi Industri 4.0. “Penting untuk warga kerja UMP terus berusaha meningkatkan momentum prestasi berdasarkan bidang tugas dan tanggungjawab di jabatan masing-masing. “Keupayaan untuk menjana kecemerlangan berasaskan prestasi konsisten dan nilai murni merupakan prasyarat penting untuk menjadikan UMP terus gemilang melalui Pelan Strategik UMP 2021-2025 yang akan direka bentuk tidak lama lagi,” ujarnya yang hadir dalam Majlis Hari Kualiti dan Inovasi yang berlangsung di UMP Kampus Gambang. Justeru, beliau menasihatkan warga UMP agar bersiap siaga meneroka ilmu pengetahuan dan kepakaran serta melakukan anjakan minda untuk berdepan dengan cabaran global manakala kepimpinan adalah kunci utama kecemerlangan universiti. Bagi Anugerah Kecemerlangan Industri dan Masyarakat (AKIM), Pensyarah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Mohd. Najib Razali penerima tempat pertama bagi Anugerah Kualiti Kerjasama Industri (Kategori Staf Akademik), tempat kedua, Pengarah Institut Konfusius, Yong Ying Mei dan temat ketiga pula dimenangi oleh Pengarah Pusat Kelestarian Bumi, Profesor Madya Dr. Muzamir Hasan. Mohd Najib berjaya menghasilkan produk G-Grease (Green Grease From Industrial Waste Oil) dan G-Treats (Bio-Coagulant Treatment) yang telah diterima oleh dua big market (consumer product) iaitu TNB Research Sdn. Bhd. dan Orca GreenTech Sdn. Bhd. Bagi Anugerah Kualiti Kerjasama Masyarakat (Kategori Staf Akademik) dimenangi oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Ts Dr. Saifful Kamaludin Muzakir @ Lokman. Beliau merupakan antara penggiat utama dalam menyokong menjayakan agenda Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik dan Sains (STEM) antaranya, program Saintis Turun Ke Desa, Lighting Up The Community, Kem Saintis Muda dan merupakan antara pencetus kepada inisiatif yang dipanggil Renaissance of Science Educators (R.O.S.E). UMP turut mengiktiraf CIDB Malaysia yang menerima Anugerah Rakan Industri Terbaik. Kerjasama ini mewujudkan ekosistem Model Informasi Bangunan (BIM) bersama UMP bagi transformasi nasional melibatkan projek berimpak tinggi bagi transformasi Industri Pembinaan Malaysia seperti mewujudkan ekosistem BIM, Penggubalan Dasar dan Polisi, Pemindahan Teknologi dan Pengetahuan, Pembangunan Modal Insan dan Pembangunan Infrastruktur. UMP juga melalui inisiatif BIM telah mentransformasikan industri dari kaedah konvensional kepada pembinaan secara digital (digital construction) ke arah menyokong kepada revolusi perindustrian IR 4.0 seperti yang dirangka dalam Program Transformasi Industri Pembinaan (CITP). Dalam majlis ini CIDB Malaysia diwakili oleh Pengarah CIDB negeri Pahang, Saini Saidi. Dengan bimbingan pensyarah UMP yang telah menyalurkan ilmu dan memasyarakatkan teknologi kepada penduduk taman ke arah penggunaan sumber alam, kehijauan, pertanian bandar dalam meningkatkan sumber ekonomi suri rumah dengan aktiviti yang dianjurkan. Pencapaian ini diperkasakan apabila komuniti telah meneruskan inisiatif tersebut dan berjaya menghasilkan penjanaan pendapatan kepada rakan kebun, isi rumah dan komuniti itu sendiri melalui dua cara iaitu imbuhan pendapatan dari hasil kebun kepada individu melalui jualan produk kebun seperti sayuran dan ulaman serta Imbuhan Pendapatan kepada Organisasi (KRT) – melalui Tabungan Komuniti iaitu jualan produk baja AB, racun organik dan set hidroponik. Hadir menerima hadiah adalah Setiausaha KRT Taman Mutiara Perdana, Zulkhairi Md. Ghani. Selain itu, terdapat empat lagi kategori anugerah yang disampaikan pada majlis itu iaitu:
Info Sekitar Kampus Bakal graduan perlu berani mendepani cabaran globalBakal graduan dinasihatkan agar lebih berani dan sentiasa mempersiapkan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan dengan memahami keperluan dan kehendak industri yang mahukan mereka bersifat realistik serta dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran industri. Malahan suatu kelebihan buat mereka yang dapat menguasai pelbagai bahasa untuk lebih berdaya saing. Menurut Pengarah Scomi Transit Projects Sdn. Bhd. (Scomi), Rohaida Ali Badaruddin, cekap dalam menguruskan perniagaan, menjalankan tadbir urus dan kewangan dengan baik, beretika dan mempunyai ilmu pengetahuan dalam operasi perniagaan membolehkan mereka terus mendepani cabaran dalam dunia perniagaan antarabangsa hari ini. Sepanjang 19 tahun berkhidmat di Scomi dan sembilan tahun di Plus Berhad pastinya banyak pengalaman yang ditimba buat anak jati Pahang ini di pentas antarabangsa. Ianya turut dikongsikan dengan mahasiswa sebagai bekalan apabila bergraduasi kelak. Ini termasuklah industri berkaitan dengan pembekalan dan perkhidmatan, pembuatan, pembinaan monorel, sistem rel kereta api, pemotoran, menyediakan penyelenggaraan serta reka bentuk pengangkutan kapal marin dan penghasilan minyak dan gas. Program ini turut dihadiri lebih 100 mahasiswa. Hadir sama Pengarah ICoN, Profesor Madya Dr. Nurul Hazlina Nordin dan Pengurus ICoN, Mohd. Raizalhilmy Mohd Rais. Akademik dan Antarabangsa Sendirian mendaftar, mahasiswa baharu tidak sangka terima bantuan MyGiftTatkala pelajar baharu yang lain hadir mendaftar masuk universiti bersama keluarga masing-masing, lain pula kisahnya yang berlaku kepada seorang pelajar baharu, Siti Hanisah Syed Hassan, 27 yang menaiki bas bersendirian dari Gerik, Perak menuju ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menghadiri sesi pendaftaran pelajar pada 2 September 2019 yang lalu. Dengan berbekalkan wang tunai RM300 di tangan, Hanisah nekad mengambil keputusan untuk datang sendirian tanpa ditemani sesiapa untuk mendaftar masuk UMP bagi mengikuti jurusan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik. Anak pasangan Halimah Othman dan Syed Hassan Azhari Syed Mohd Hasim ini sebolehnya tidak mahu menyusahkan kedua ibu bapanya yang bekerja sebagai tukang cuci dan penoreh getah tambahan pula keadaan kesihatan kedua ibu bapanya yang kurang sihat kerana menghidap penyakit darah tinggi. Panggilan telefon yang diterimanya ketika di dalam bas memecahkan kebuntuan. Seorang pegawai UMP menghubunginya dan memaklumkan beliau merupakan salah seorang penerima insentif Pendidikan UMP yang menerima RM1,000 bagi membiayai yuran pendaftaran awal sewaktu mendaftar masuk universiti. Saya tidak menyangka, pihak UMP terlalu mengambil berat tentang pelajarnya dengan pelbagai bantuan yang dihulurkan,” ujarnya yang turut menghubungi keluarga menyampaikan perkhabaran gembira ini. Impiannya, jika diizinkan Allah SWT ingin membawa keluarganya bersama-sama sewaktu konvokesyen nanti. UMP turut mengalu-alukan sumbangan daripada semua pihak termasuk warga UMP, pelajar, alumni dan individu serta badan-badan korporat sama ada di dalam mahu pun luar negara dalam menyokong budaya menderma demi memakmurkan ilmu pendidikan di universiti ini. Orang ramai boleh turut sama menyumbang melalui perbankan internet dengan melayari portal MyGift di laman web universiti www.ump.edu.my untuk mendapat maklumat lanjut mengenai program ini. Artikel/Rencana Pilihan Muhasabah KemerdekaanOleh: DR. HASNAH HUSSIIN Setiap saban tahun tanggal 31 Ogos, negara ini merayakan ulang tahun kemerdekaan negara. Bagi mengisi bulan kemerdekaan, maka berbagai program telah diatur bagi memeriahkan sambutan bulan kemerdekaan. Paling jelas adalah terlihat bangunan, kereta, kediaman mempamerkan bendera kebangsaan. Media massa memaparkan dokumentari tentang pembangunan negara, jatuh bangun pejuang negara mempertahankan tanah air, Malaysia dalam sejarah, dan pelbagai pertandingan bertemakan kemerdekaan oleh pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Setelah 62 tahun merdeka, masih ada banyak perkara yang perlu kita renungkan bersama bukan setakat mengingati ulang tahun kemerdekaan, tetapi perlu melihat sejauh manakah pencapaian negara kita setakat ini. Selain keprihatinan kita terhadap sambutan kemerdekaan, salah satu hal yang perlu diberi penghayatan adalah kesedaran untuk sentiasa memperbaiki diri agar bangsa dan negara sentiasa disegani oleh kawan dan lawan. Rakyat negara ini harus menjadikan sejarah lampau sebagai panduan bagi memajukan negara di masa hadapan. Buat generasi baharu, bukan mudah untuk negara ini bebas dari cengkaman penjajahan. Rakyat negara ini pada suatu masa dahulu terpaksa menghunus senjata dan menjadi pak turut kepada jari-jari penjajah. Bukan sebulan atau setahun tetapi beratus tahun lamanya. Generasi kini telah mewarisi negara yang sudah pun bebas, aman dan makmur. Tetapi malangnya, ada dalam kalangan generasi muda kini yang seakan membawa masuk gejala dan budaya asing dari bekas negara penjajah masuk ke negara ini. Segala bentuk perkara yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini telah menjadi ikutan muda-mudi seperti meminum minuman yang memabukkan, budaya parti, pergaulan bebas serta gaya hidup bebas. Ini satu bentuk pengkhianatan terhadap kemerdekaan negara. Lihat sahaja pada beberapa buah negara yang tidak pernah dijajah oleh kuasa asing pada suatu masa dahulu. Kebanyakan negara yang tidak dijajah ini bernasib baik kerana rakyat negara mereka celik teknologi. Mereka terlebih dahulu mencipta teknologi sehingga menyebabkan negara yang berpengaruh di dunia tidak berani untuk mendekati apatah lagi untuk menakluk. Ini semua disebabkan kuasa ilmu yang mereka miliki. Dengan adanya ilmu, mereka mampu membuat dan mencipta teknologi yang menggerunkan musuh. Tetapi kebanyakan masyarakat negara ini seperti mana yang dapat kita lihat pada masa kini lebih banyak menjadi pengguna teknologi daripada mencipta teknologi. Lebih teruk lagi menjadi hamba teknologi kerana banyak masa dihabiskan bersama teknologi pintar seperti telefon mudah alih. Lagi memalukan kebanyakan teknologi adalah yang diimport dari luar negara. Persoalannya, sampai bila rakyat negara ini perlu menongkah dagu dan menjadi pembeli teknologi daripada luar. Malaysia tidak boleh hanya berbangga dengan pembuatan kereta nasional sahaja kerana masih banyak bidang teknologi yang Malaysia belum terokai bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang teknologi. Sejarah juga memperlihatkan penjajahan mudah disebabkan masyarakat itu buta huruf dan tidak berpendidikan. Tidak usah pergi jauh, lihat saja pada sejarah negara ini pada era sebelum kemerdekaan. Terlalu ramai penduduk Tanah Melayu pada waktu itu yang buta huruf dan secara tidak langsung memberi kesan kepada kurangnya peratus orang yang berpendidikan. Jika ada yang berpendidikan sekalipun hanya setakat sekolah rendah dan seterusnya menyambung legasi ahli keluarga membuat kerja-kerja kraf tangan yang tidak ada nilai komersial. Apabila masyarakat tidak berpendidikan tinggi, dengan mudah kuasa penjajah masuk dan mempengaruhi pemikiran masyarakat negara ini agar menerima perubahan yang dibawa oleh mereka. Orang yang tidak berpendidikan tinggi sememangnya mudah untuk menerima arahan serta dipengaruhi oleh orang lain. Apa yang dapat dilihat pada generasi muda hari ini adalah mereka tidak berminat untuk belajar apatah lagi menyambung pengajian pada peringkat yang lebih tinggi. Generasi kini seolah dipaksa untuk belajar dan jika mereka tidak mahu belajar apa yang mereka mahukan sebenarnya?. Begitu juga didapati masyarakat Malaysia kurang membaca dan tidak suka membaca. Ini juga merupakan satu isu yang perlu kita renungkan bersama kerana jika zaman dahulu ramai orang buta huruf kerana tidak berpeluang untuk menerima pendidikan. Kini, negara telah moden dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk menuntut ilmu, tetapi mengapa masih ramai antara kita yang tidak mahu membaca? Membaca tambatan ilmu, jadi bagaimana masyarakat hendak menerima ilmu jika mereka malas membaca. Sejarah lampau juga memperlihatkan rakyat negara ini berjuang habis-habisan untuk menghalau penjajah dan segala bentuk pengaruh asing seperti komunis dan golongan kiri. Segala bentuk propaganda yang dilihat tidak baik untuk masyarakat, akan ditentang dan dihalau keluar jika segala perundingan tidak berjaya. Tetapi masyarakat pada hari ini seakan membiarkan sahaja segala bentuk dakyah, pemikiran, ajaran sesat serta pemikiran liberal yang bertentangan dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, Malaysia negara demokratik serta Malaysia negara berbilang bangsa dibiarkan berleluasa tanpa kawalan. Apakah ini bukan suatu pengkhianatan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat?. Sejarah juga memperlihatkan langkah bijak dilakukan oleh penjajah iaitu dengan cara memberikan pertolongan dan setelah itu memeterai perjanjian dengan Sultan dan pembesar Melayu. Adakah kita semua tidak melihat ini sebagai tipu muslihat penjajah untuk campur tangan dalam hal ehwal negara dan seterusnya menjajah dan menaungi negara ini. Walaupun itu sudah menjadi lipatan sejarah, tetapi lihat sahaja apa yang berlaku pada hari ini. Negara Barat atau pihak luar sangat mengalu-alukan jika sesebuah negara meminta pertolongan mereka. Malaysia memerlukan pelabur untuk memajukan dan membangunkan ekonomi negara. Untuk itu segala kemudahan telah disediakan bagi menarik pelabur datang melabur ke negara ini. Dalam hal ini, Malaysia perlu bijak dalam mengatur strategi agar kedatangan pelabur asing ini memberi impak yang positif kepada pembangunan negara dan rakyat secara keseluruhannya. Persoalannya, setakat ini, sejauh manakah Malaysia mendapat faedah daripada pelabur asing ini adalah setakat mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sahaja, bagaimana pula dengan pemindahan teknologi ke negara ini. Ini juga merupakan suatu yang perlu kita fikirkan. Penjajah juga telah bertindak bijak dengan membawa balik segala dokumen dan maklumat negara ini ke negara mereka dan pada hari ini kita dapat lihat rakyat negara ini terpaksa ke negara penjajah untuk melihat maklumat tentang negara mereka sendiri. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada masyarakat negara ini yang kurang kesedaran terhadap nilai yang ada pada negara mereka sendiri. Ada sebahagian tinggalan zaman dahulu yang dimusnahkan begitu sahaja kerana menganggap barang lama tidak ada nilai komersial. Tetapi lihat sahaja, sejarah lama mengenai negara kita ada tersimpan di negara penjajah dan kita terpaksa membayar jika ingin melihat dokumen tersebut. Sebelum terlewat ada baiknya segala bangunan atau barang tinggalan zaman penjajahan dipelihara dan dijaga sebaik mungkin oleh pihak berwajib supaya kita ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada generasi baharu bahawa negara ini pernah dijajah dan terjajah. Jika ini tidak dipelihara dan dimusnahkan kita seolah bercerita kepada generasi baharu tetapi buktinya tiada. Pihak berwajib seharusnya memulakan misi untuk mengkaji dan seterusnya memelihara tinggalan-tinggalan zaman penjajahan untuk ditatap oleh generasi kini dan masa akan datang. Ini juga adalah inti pati penting yang perlu kita tonjolkan apabila mengingati hari kemerdekaan. |
- 143 views