Akademik dan Antarabangsa 2,773 bakal bergraduasi dalam Konvokesyen UMPUniversiti Malaysia Pahang (UMP) bakal meraikan seramai 2,773 graduan bersempena dalam Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan berlangsung selama dua hari mulai 10 dan 11 November depan di Dewan Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang. Majlis menyaksikan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja, Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah yang merupakan Canselor UMP mencemar duli mengurniakan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada graduan pada sidang pertama konvokesyen.
Manakala majlis menyaksikan jumlah graduan Fakulti Kejuruteraan Awam & Sumber Alam (264), Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (203), Fakulti Kejuruteraan Kimia & Sumber Asli (299), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (307), Fakulti Sistem Komputer & Kejuruteraan Perisian (296), Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (136), Fakulti Sains & Teknologi Industri (144), Fakulti Pengurusan Industri (183), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (191), UMP Advanced Education (515) dan Institut Pengajian Siswazah (235). Mereka merupakan graduan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekatronik dan program Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Automotif hasil program kerjasama UMP dengan Karlsruhe University of Applied Sciences, Jerman (HSKA). Manakala Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perniagaan hasil kerjasama Reutlingen University yang buat pertama kalinya bergraduasi pada kali ini. Menurut Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim, universiti turut menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Kejuruteraan (Elektronik) kepada mantan Pengarah Urusan Motorola Solutions Sdn. Bhd, Dr. Hari Narayanan P Ondiveeran sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan terhadap ketokohan, kewibawaan dan kepimpinan beliau. Beliau turut tampil mendukung inisiatif wakaf dan endowmen pendidikan di UMP melalui platform MyGift dan kesungguhan dalam meningkatkan literasi pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pelajar sekolah,” katanya. Dalam pada itu, seramai 28 graduan menerima anugerah kecemerlangan universiti dan hadiah industri manakala tiga anugerah baharu yang diperkenalkan kali ini adalah Anugerah Kecemerlangan BASF Petronas, Anugerah Kecemerlangan Soho Niaga dan Anugerah Kecemerlangan Setegap Ventures. Info Sekitar Kampus Santai Seni semarakkan Ekspo Konvokesyen UMPPenganjuran Santai Seni Warisan pada 27 Oktober 2018 yang lalu menyemarakkan Ekspo Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang (UMP) (ExpoConvo) tahun ini menjelangnya Majlis Konvokesyen UMP Ke-13 yang akan diadakan pada 10 dan 11 November di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang. Sambutan ExpoConvo ini turut membolehkan para pengunjung dalam kalangan keluarga graduan dan orang awam untuk mengenali UMP dengan lebih dekat, khususnya keunikan universiti ini dalam konteks program akademik dan pencapaian penyelidikan saintifiknya. Berlangsung buat pertama kalinya di Pekan River Front di bandar Pekan, penganjuran dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dan Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP ini menggabungkan acara permainan tradisional, pertandingan mewarna kanak-kanak, zumba dan persembahan kesenian yang menampilkan nyanyian dan tarian kebudayaan oleh mahasiswa UMP. Majlis dirasmikan oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Sri Dr. Daing Nasir Ibrahim. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi UMP merangkap Pendaftar, Abd Hamid Majid, Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Pahang, Norazlin Nordin, Dekan Pembangunan Pelajar UMP, Ts Dr. Mohamad Mat Nor dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan UMP, Abd Rahman Haji Safie, Pengarah Program Santai Seni Warisan 2018, Nur Ain Syazliana Mohd Adnan dan Pengarah Program Expoconvo 2018, Siti Aishah Darmawansyah. “UMP ingin berkongsi kegembiraan atas pencapaian cemerlang universiti. Jika sebelum ini kampus UMP menjadi antara mercu tanda utama daerah Pekan, kini warga Pekan boleh tambah berbangga kerana UMP baharu sahaja disenaraikan oleh QS University Rankings sebagai universiti teknikal terbaik di Malaysia dan juga antara 188 universiti terbaik di Asia. “Kejayaan, pencapaian dan pengiktirafan antarabangsa ini mampu meningkatkan lagi prestij UMP sebagai mercu tanda daerah Pekan yang pastinya menjadi kemegahan warga Bandar Diraja ini,” katanya. Beliau mengharapkan usaha ini dapat mengeratkan hubungan baik antara warga UMP dengan masyarakat setempat selari dengan Pelan Strategik UMP 2016-2020 dengan tema ‘Memasyarakatkan Universiti’ serta mendekatkan mahasiswa dengan komuniti. “Selain itu juga program sebegini dapat membawa anak-anak meluangkan masa hujung minggu dengan pelbagai aktiviti bersama mahasiswa UMP” katanya. “Antaranya aktiviti larian Black Night Run, Blush With Brush, Cake Deco Competition, Konsert Expoconvo’18, Santai bersama Da’i Syed, Kid Zone, Street Sciene @Galeri , Forum Gen-Y Health Talk dan STEM @UMP Competition. Program ini turut memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai aktiviti dan kemudahan yang disediakan. Kepada yang berminat atau mempunyai sebarang kemusykilan boleh hubungi urus setia di talian 09-549 2545. |
- 109 views