3 pasangan kembar seiras teruja kongsi pentas konvokesyen
PAYA BESAR, 6 November 2022 - Tiga pasangan kembar seiras berasa teruja dapat meraikan majlis graduasi bersama-sama semasa Majlis Konvokesyen UMP Ke-17.
Mereka terdiri daripada Mohammad Amir Arsyad Abdul Aziz dan Mohammad Amir Asyraf Abdul Aziz, pasangan Nur Adilah Abdul Halem dan Nur Atiqah Abdul Halem serta Foo Jing Wen dan Foo Jing Ying.
Masing-masing melahirkan rasa teruja kerana dapat meraikan hari yang cukup bermakna ini bersama pasangan kembar masing-masing dan keluarga tersayang.
Mohammad Amir Arsyad Abdul Aziz dan Mohammad Amir Asyraf Abdul Aziz, 25 yang mengambil jurusan yang sama dalam bidang Sains Gunaan Kimia Industri.
Menurut Amir Asyraf, sejak kecil lagi mereka tidak pernah berenggang sehinggalah berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang yang sama ketika melangkah ke menara gading.
Anak kelahiran Kelantan juga agak teruja apabila dapat berkongsi pentas yang sama dengan pasangan kembar di samping memberi pengalaman pertama pada keluarga untuk menyaksikan majlis yang meriah ini.
Bagi pasangan kembar Nur Adilah Abdul Halem yang merupakan graduan Sarjana Muda Sains Gunaan (Kepujian Kimia Industri) dan Nur Atiqah Abdul Halem pula Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Kimia) pula berkata, sepanjang empat tahun di universiti kami selalu mengulang kaji pelajaran bersama walaupun kami tidak sebilik dan jurusan yang kami tidak sama.
“Saya ingin mengucapakan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak berkorban untuk memberi pendidikan yang terbaik untuk kami.
“Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah UMP dan rakan-rakan seperjuangan,” katanya.
Nur Adilah berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana suatu hari nanti,” katanya yang merupakan anak kelima daripada tujuh adik-beradik.
Manakala bagi pasangan Foo Jing Wen dan Foo Jing Ying pula berasa gembira apabila dapat menyambung pengajian di universiti yang sama kerana mereka amat meminat bidang komputeran.
Foo Jing Wen merupakan graduan Sarjana Muda Sains Komputer Kejuruteraan Perisian dengan keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.67 manakala Foo Jing Ying pula merupakan graduan Sarjana Muda Sains Komputer (Teknologi Grafik dan Multimedia) dengan keputusan purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.59.
Menurut Foo Jing Wen, beliau kini sedang berkhidmat sebagai Jurutera Perisian dan kakaknya merupakam Jurutera Pembangunan Perisian di sebuah syarikat di Bangsar.
Disediakan oleh: Nor Salwana Mohammad Idris, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri.
- 103 views