Skip to main content

Hanya tahu membaca semasa di tingkatan 2, Ali Pengurus Ladang dari Sabah berjaya genggam segulung ijazah

GAMBANG, 29 Oktober 2024 – Hanya tahu membaca semasa berada di tingkatan dua, Ali Asman@Edit Jailani, 49 selalu menjadi bahan ejekan kawan-kawan dan guru.

Malah, beliau juga turut didenda naik di atas kerusi dan meja serta muka diconteng. 

Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Nipis, Paitan dan menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan. 

Namun begitu, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diterimanya kurang baik dan beliau terus bekerja sebagai pengawal keselamatan dan buruh kasar sehingga mendapat tawaran belajar di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Selangor. 

Hanya tahu membaca semasa di tingkatan 2, Ali Pengurus Ladang dari Sabah berjaya genggam segulung ijazah

Ujar Ali, selepas tamat belajar, beliau terus bekerja sebagai pencuci kereta sehinggalah dirinya mendapat tawaran bekerja sebagai Penyelia Ladang di Satria Eramaju Sdn. Bhd., Sandakan. 

“Kemudian, saya memperoleh Professional Diploma in Plantation Management dari UTMSPACE. 

“Tidak berhenti di situ, saya menyambung pelajaran di UMPSA Advanced pula.

“Untuk memiliki segulung diploma dan master terlalu banyak cabaran, dugaan, halangan, dan rintangan, namun, alhamdulillah semua itu dapat diatasi dengan semangat yang membara berserta azam yang tinggi.

“Saya ingin menjadi inspirasi dan suri teladan kepada anak, keluarga dan masyarakat.

Pada Sesi Kelima Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19, beliau memperoleh Master Eksekutif Pengurusan Korporat dari UMPSA Advanced. 

Disediakan Oleh: Nur Hartini Mohd Hatta, Pusat Komunikasi Korporat 

Reports by:
Nur Hartini binti Mohd Hatta