Skip to main content

UMPSA rai graduan CBTM di Majlis Makan Malam 

KUANTAN, 29 Oktober 2024 - Majlis Makan Malam CBTM 5.0 2024 telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini bagi meraikan graduan-graduan Program Diploma Profesional Pengurusan Bakat Berasaskan Kompetensi (CBTM) Kohot Ke-5 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Hotel Grand Darul Makmur. 

Majlis itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UMPSA, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.

Turut hadir Timbalan Pengarah, Pusat Pengurusan Bakat, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Profesor Madya Dr. Norazharuddin Shah Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UMPSA merangkap Ahli Lembaga Pengarah UMPSA Advanced, Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif UMPSA Advanced, Dr. Ahmad Johari Mohamad.

Seramai 47 orang graduan CBTM 5.0 UMPSA diraikan setelah selesai menjalani kelas pengajian bermula daripada bulan Jun 2023 hingga Mei 2024.

Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie merakamkan sekalung penghargaan kepada AKEPT, UMPSA dan UMPSA Advanced atas kecemerlangan program CBTM 5.0 tahun ini. 

“Beberapa orang graduan dari setiap kohot yang telah dikenal pasti sebagai golongan berpotensi untuk dilantik sebagai tenaga pengajar,” ujarnya. 

Disediakan oleh: Mohammad Syafiq Syahmi Suhaimi, UMPSA Advanced
 

Reports by:
Admin UMP News