Yusuf Abdullah graduan 70 tahun curi tumpuan di Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19
GAMBANG, 29 Oktober 20204 - Anak kelahiran Sarawak, Yusuf Abdullah@Sanggong Anak Bungu mencuri tumpuan apabila berjaya menamatkan Master Eksekutif Pengurusan Perniagaan dan menerima pengikitirafan itu di Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Kompleks Sukan Universiti, Kampus Gambang pada sesi kelima hari ini.
Katanya, beliau bertekad akan mengamalkan segala pembelajaran subjek di UMPSA bagi membina perniagaan sendiri dalam bidang pertanian.
“Saya ingin menjadi inspirasi kepada sesiapa sahaja di luar sana, terutamanya buat golongan berusia seperti saya bahawa usia bukanlah penghalang untuk menimba ilmu.
“Selagi kita masih bernafas, ilmu sentiasa ada untuk dipelajari dan dikongsi,” ujar Yusuf yang mempunyai 13 orang cucu dan tiga orang cicit,
Antara cabaran yang dihadapi oleh Yusuf sepanjang pembelajaran di UMPSA adalah dari segi adaptasi ekonomi dan pemodenan yang baharu.
Dalam masa kesibukan dalam pengajian, Yusuf juga aktif dalam penglibatan aktiviti komuniti antaranya menjadi Presiden Club Sarawak Motor Industry 1984 dan Penolong Setiausaha Agong Koperasi Pertanian Bintulu.
Disediakan Oleh: Mohammad Syafiq Syahmi Suhaimi, UMPSA Advanced
- 107 views