Skip to main content

Lai Pei Yi dinobat penerima Anugerah Emas Universiti di Konvokesyen Ke-20 UMPSA

GAMBANG, 8 November 2025 – Kecemerlangan akademik dan ketabahan menempuh cabaran menjadikan Lai Pei Yi, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Analitis Perniagaan dengan Kepujian dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sebagai penerima Anugerah Emas Universiti sempena Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-20. 

Anak kelahiran Ipoh, Perak ini membuktikan bahawa latar belakang keluarga sederhana bukan penghalang untuk mencapai kecemerlangan. 

Aghilan anak pasangan guru raih Anugerah Canselor UMPSA

GAMBANG, 8 November 2025 - “Nobody believes in you. You lost again and again and again. It’s not over until I win.” 

Petikan kata motivasi ini bukan sekadar ungkapan, tetapi menjadi pembakar semangat buat anak muda yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

Itulah prinsip Aghilan a/l Ganesan yang berjaya meraih Anugerah Canselor UMPSA pada Majlis Konvokesyen Ke-20 tahun ini.

Kecerdasan Buatan pacu kejayaan Khairul Imran Khalip, Penerima Anugerah Pelajaran Diraja UMPSA 2025

GAMBANG, 8 November 2025 – Ketekunan dan minat mendalam dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) menjadikan Khairul Imran  Khalip, graduan Sarjana Muda Sains Gunaan Analitik Data dengan Kepujian, Pusat Sains Matematik (PSM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), sebagai antara bintang cemerlang universiti apabila beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat jaya Cemerlang) 2025.

Ik Shim, penerima Anugerah Diraja ketabahan seorang anak menjadi obor kejayaan

GAMBANG, 8 NOVEMBER 2025 – Di sebalik kejayaan bergelar Jurutera Sistem (Keselamatan Siber) di Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (PERODUA), tersimpan kisah penuh ketabahan seorang anak yang menjadikan kasih dan pengorbanan ibu sebagai sumber kekuatan utama.

Bagi Ik Shim A/P Eh Fhot, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), kejayaan yang digenggam hari ini tidak datang mudah. 

Subscribe to Convocation