Skip to main content

Manfaat MySejahtera untuk kajian Long COVID

Beban COVID-19 bukan sahaja terletak kepada bilangan kes baharu, bilangan pesakit yang masuk ke hospital dan kematian tetapi juga pesakit Long COVID.

Saya dan pakcik saya mengambil keputusan untuk menziarahi ahli keluarga kami di penghujung bulan November yang lalu.

Selepas beberapa hari, saya dapat merasakan simptom-simptom seperti demam, batuk, sakit tekat dan yang lain-lain, menunjukkan seperti saya mengalami COVID-19.

Memandangkan simptom saya semakin teruk, saya terus ke klinik berdekatan untuk mengambil ujian COVID-19.

Keputusan ujian RTK saya positif, lalu saya terus mengamalkan kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan PCR.

Setelah saya disahkan positif COVID-19 melalui ujian PCR, saya terus melaporkan keputusan saya sebagai positif COVID-19 di dalam aplikasi MySejahtera.

Sehubungan itu, saya telah diberikan perintah pengawasan di rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui MySejahtera. 

Saya juga diminta untuk mengisi semua kontak rapat sepanjang dua minggu melalui MySejahtera.

Semasa kuaratin, saya diminta untuk mengisi status kesihatan saya dua kali sehari dan status kesihatan saya diawasi secara jauh melalui MySejahtera.

Status kesihatan saya terus diawasi sehingga hari ke-14 selepas disahkan positif COVID-19.

Ini merupakan satu contoh di mana teknologi dan pelaporan sendiri boleh mengurangkan beban kerja petugas kesihatan semasa pandemik COVID-19.

Manfaat MySejahtera untuk kajian Long COVID

KKM patut diberikan pujian dalam usaha mengintegrasikan teknologi and pelaporan sendiri, walaupun terdapat pelbagai kritikan terhadap aplikasi MySejahtera kerana masalah teknikal.

Tambahan pula, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit KKM, Dr. Arunah Chandran berkata KKM sedang mengkaji kemungkinan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengesan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi, and penyakit jantung. 

Sebelum mengesan penyait-penyakit tidak berjangkit ini, KKM sepatutnya menggunakan MySejahtera untuk mengkaji status kesihatan bekas pesakit COVID-19, terutamanya pesakit Long COVID.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa program pemulihan khas telah direka untuk pesakit Long COVID dan akan dilaksanakan di beberapa hospital seluruh negara.

Menurut Khairy, pesakit Long COVID biasanya mengalami lima simptom iaitu keletihan, kesukaran untuk bernafas, batuk, kesukaran untuk tidur dan kebimbangan.

Sebagai bekas pesakit COVID-19, saya cepat merasa letih, terutamanya apabila melakukan kerja yang melibatkan perhentian penuh di tempat kerja.

Dianggarkan lebih 20 ribu bekas pesakit COVID mengalami Long COVID and syarikat International SOS, syarikat berkaitan kesihatan dan keselamatan telah mengenal pasti bahawa Long COVID merupakan salah satu cabaran untuk sektor perniagan di Malaysia and seluruh dunia.

Memandangkan Long COVID merupakan penyakit yang serius terhadap kesihatan pesakit tersebut dan ekonomi, kajian terhadap Long COVID seharusnya diberikan perhatian dan MySejahtera boleh digunakan untuk kajian Long COVID.

Satu kajian dari United Kingdom telah dijalankan melibatkan lebih 4,000 bekas pesakit COVID-19 menggunakan aplikasi mobil yang sama seperti MySejahtera iaitu COVID Symptom Study.

Kajian tersebut menunjukkan Long COVID akan dialami oleh satu dari 20 bekas pesakit COVID-19. 

Long COVID biasanya dialami oleh golongan berusia, wanita dan mereka yang mengalami lebih dari lima simptom semasa COVID-19.

Setakat 25 Disember 2021, lebih 2.6 juta rakyat Malaysia dilaporkan telah sembuh sepenuhnya daripada COVID-19.

Memandangkan terdapat sejumlah besar kes COVID-19 di Malaysia, gabungan antara perjumpaan secara bersemuka dengan doktor and pelaporan kendiri mampu mengenal pasti pesakit Long COVID secara tepat.

Kita mesti tidak lupa bahawa beban COVID-19 tidak terhad kepada bilangan kes baharu, bilangan pesakit yang masuk ke hospital dan kematian tetapi juga pesakit Long COVID.

Oleh yang demikian, MySejahtera seharusnya dimanfaatkan untuk mengenal pasti pesakit Long COVID supaya rawatan data diberikan kepada mereka. 
 

Dr. Ahmad Mahfuz Gazali
Dr. Ahmad Mahfuz Gazali

 

Penulis ialah pensyarah kanan Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang (UMP).
e-mel: mahfuz@ump.edu.my

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Admin UMP News