Universiti lahirkan graduan berkualiti, holistik dan berdaya saing melalui sifat serta nilai diri individu
Dalam dunia yang serba mencabar kini, keperluan mendepani pesaing bagi meletakkan posisi pelajar di tempat tertinggi. Pemikiran tentang pelajaran yang mempunyai hubungan signifikan dengan kerjaya semata-mata perlu diubah kepada pendidikan melahirkan insan yang berkualiti dan holistik serta mampu menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial, politik dan kemajuan dalam sesebuah negara.
Oleh itu, universiti yang berperanan sebagai medium operasi pendidikan perlu memainkan peranan yang lebih hebat dalam memberi kesedaran kepada masyarakat umum bahawa peranan universiti bukan hanya tertakluk kepada melahirkan graduan cemerlang akedemik semata-mata tetapi nilai ilmu yang diterap memberi kesan kepada kualiti graduan dalam pasaran.
Komunikasi yang lebih efektif berserta praktikal yang dijalankan di dalam sistem pendidikan ini perlu terus disebarluaskan supaya mentaliti bahawa graduan bukan sahaja berkebolehan dalam dunia akademik semata-mata malah mereka mampu untuk bersaing dalam dunia pekerjaan serta mengekalkan reputasi yang baik kerana proses ilmu serta latihan yang dipelajari di universiti. antara kekuatan yang perlu diketengahkan adalah sifat dan nilai diri graduan.
Orang yang berilmu dan mengamalkan ilmunya berbeza dengan orang yang tidak berilmu. Sifat dan nilai diri seorang graduan dapat bervariasi secara signifikan berdasarkan latar belakang, pengalaman, dan nilai-nilai peribadi mereka. Namun, ada beberapa sifat umum dan nilai-nilai diri yang sering dihargai dan dikembangkan oleh banyak graduan.
Berikut adalah beberapa contoh:
Kepintaran dan kemampuan akademik
Kebanyakan graduan memiliki tingkat kecerdasan yang tinggi dan telah mengembangkan kemampuan akademik yang kuat selama masa pengajian mereka. Kemampuan ini sering kali menjadi aset utama dalam memasuki alam pekerjaan sebenar.
Motivasi untuk belajar
Seorang graduan biasanya memiliki dorongan kuat untuk terus belajar dan mengembangkan diri. Mereka menyedari tentang peri pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian dan dipraktikkan dalam jangka masa Panjang. Malah jika diteliti daripada sejarah, nilai ilmu inilah senjata yang paling ampuh dalam kejayaan sesebuah organisai dan negara.
Kemampuan berfikir secara kreatif dan kritis
Sifat ini mendorong graduan untuk menganalisis maklumat dengan berhemah dan tidak mudah membuat keputusan melulu terhadap sesuatu perkara. Kemampuan berpikir kritis ini sering kali menjadi kunci dalam menghadapi cabaran dalam dunia kerjaya mahupun kehidupan seharian.
Kejujuran dan Integriti
Proses pembelajaran di universiti sangat menitikberatkan nilai kejujuran dan integriti. Nilai ini disebarkan melalui pensyarah dengan kepimpinan berasaskan tauladan. Sifat ini sangat penting dibawa dalam dunia pekerjaan mahupun kehidupan harian. Ilmu yang dipelajari itu mampu menjadi benteng penghalang kepada kejahatan serta graduan mampu menilai baik dan buruk, betul dan salah sesuatu perkara.
Kerja berpasukan
Kemampuan bekerja dalam kumpulan atau pasukan merupakan kemahiran yang sangat sukar. Bukan mudah sebenarnya untuk melenturkan ego diri dan berkerjasama dalam satu kumpulan yang seterusnya memberi hasil yang maksima terhadap sesuatu produktiviti. Universiti melatih graduan melalui tugasan untuk berkerja dalam kumpulan serta mewujudkan keserasiaan antara ahli bagi menghasilkan tugasan. Berkerja dalam kumpulan ini mampu menghasilkan graduan yang dapat berkolaborasi dengan baik dengan orang lain sering memiliki peluang lebih baik untuk mencapai kejayaan.
Inisiatif
Kemampuan untuk mengambil langkah penyelesaian terhadap sesuatu isu dan bertanggung jawab atas tindakan mereka. Graduan yang inisiatif ini adalah mereka yang sedar akan amanah yang diberikan serta akan berusaha merealisasikan hasil sesuai amanah yang diberi. Malah kesungguhan untuk melakukan sesuatu pekerjaan ditingkatkan kerana fokus utama adalah penyelesaian kepada isu dan masalah yang timbul. Sifat inisiatif ini antara sifat yang menjadikan graduan kekal dalam satu cabang pekerjaan dan sifat ini juga membuka ruang kejayaan dalam bidang-bidang lain yang bakal diceburi.
Kematangan
Kematangan merupakan satu proses mental yang terbentuk melalui pengalaman lepas. Pengalaman pembelajaran di Universiti memberikan nilai kematangan yang tinggi termasuklah kebolehan dan keupayaan yang berbeza anataranya kebolehan menyelesaiakn masalah, kebolehan memimpin, kebolehan mengendalian kendiri dan emosi. Sifat ini memacu pada kemampuan untuk bekerja tanpa terlalu banyak pengawasan. Graduan yang matang sering memiliki kejayaan dalam pekerjaan dan kehidupan mereka.
Setiap individu adalah unik, dan sifat dan nilai-nilai diri mereka dapat bervariasi. Namun, proses Pendidikan yang dilalui secara formal di Universiti menyumbang kepada penghasilan individu yang mempunyai nilai diri serta kualiti yang tinggi serta holistic dan berdaya saiang dalam pasaran. Kualiti ini yang membezakan antara graduan dengan yang lain. Nilai diri ini dipraktikkan dan boleh ditransformasikan kepada nilai ekonomi dalam organisasi ataupun dalam negara. Nilai diri ini juga mampu menyumbang kepada modal insan yang produktif serta berdaya saing. Oleh itu peranan universiti sebagai medium operasi pendidikan akan lebih difahami serta dipandang tinggi dalama masa yang sama pemikiran tentang pembelajaran hanya menyumbang kepada kejayaan mendapatkan pekerjaan perlu dipadam kerana kualiti yang terhasil adalah melebihi daripada perkara tersebut.
Penulis ialah Pensyarah Kanan, Pusat Sains Kemanusiaan (PSK), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
e-mel: norizanyusof@ump.edu.my
- 512 views