Skip to main content

Amalkan tabiat makan secara sihat sepanjang PKP

Makan secara sihat adalah menjadi keutamaan apatah lagi bagi mereka yang mengalami penyakit diabetes. Ini penting bagi mencapai kawalan gula darah yang optima, kekal sihat dan selamat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selain pesakit kencing manis, golongan yang paling berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai pendedahan penyakit adalah warga emas yang mempunyai latar belakang penyakit kronik seperti darah tinggi dan juga pesakit jantung.

Manfaatkan Pengunaan Teknologi Dalam Masa PKP

Penularan wabak Covid-19 telah menggemparkan seluruh dunia. Antara strategi yang digunakan oleh beberapa negara bagi mengelakkan penularan wabak ini dari berterusan membunuh manusia adalah dengan mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga Lockdown sepenuhnya. Dalam konteks negara Malaysia, PKP telah dilaksanakan sepenuhnya bermula 17 Mac 2020 sehinggalah 14 April 2020 dan akan disambung jika keadaan masih tidak banyak berubah.

Mengenali Penyakit Penyebab Kematian Masyarakat Malaysia Di Awal Kemerdekaan

Sejak akhir-akhir ini kita telah didedahkan kepada penularan wabak virus COVID-19 yang menyebabkan kematian penduduk di seluruh dunia. Penularan wabak penyakit ini telah menimbulkan ketakutan masyarakat termasuklah negara Malaysia. Sesungguhnya penularan wabak penyakit ini bukanlah suatu yang baru dalam masyarakat. Ia telah lama wujud dalam persekitaran masyarakat yang belum mengetahui tentang bahaya sesuatu penyakit serta tatacara menjaga kebersihan diri dan alam sekeliling. Penularan wabak penyakit sememangnya berbeza mengikut masa dan keadaan.

Budayakan Sikap Menyelidiki Kesahihan Berita Dalam Diri Dan Keluarga

               Kesan daripada perkembangan teknologi, muncul pelbagai bentuk media komunikasi baharu pada hari ini seperti di media sosial seperti facebook, what’s app, instagram, twitter dan lain-lain. Kemunculan pelbagai media ini mendatangkan kebaikan kepada manusia di samping tidak kurang juga mendatangkan keburukan. Salah satu keburukannya ialah timbul dengan begitu mudah pelbagai fitnah dan berita-berita palsu serta ia boleh tersebar dengan begitu cepat.

Urus Kesihatan Mental Harungi Wabak COVID-19

Menjalani kehidupan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa wabak COVID-19 ini  adalah sesuatu yang baharu bagi kebanyakan kita.  Maklumlah mereka yang lahir pasca merdeka ini, pasti tidak pernah merasai saat-saat darurat perang  seperti nenek moyang kita yang juga mengakibatkan pergerakan terbatas malahan sumber makanan juga sukar diperolehi.

Beza antara Alkohol dan Arak

           Dalam suasana seluruh dunia termasuk negara kita dilanda wabak Coronovirus 19 (Covid-19), hand sanitizer digunakan secara meluas oleh ahli masyarakat di pelbagai tempat khususnya di tempat-tempat tumpuan orang ramai. Sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), masjid-masjid juga disarankan untuk menyediakan hand sanitizer untuk kegunaan ahli jemaah.

Subscribe to Experts