Skip to main content

ICoAIMS 2025 himpun pakar, perkukuh peranan bidang Matematik, Statistik dan Sains Data dalam Era Digital

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sekali lagi mengorak langkah sebagai peneraju dalam bidang Matematik Gunaan dan Statistik Industri dengan penganjuran 5th International Conference on Applied & Industrial Mathematics and Statistics 2025 (ICoAIMS 2025) yang berlangsung pada 23 hingga 24 Mei 2025 di The Pearl Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Aida Mustapha yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr. Yatimah Alias 

ICoAIMS 2025 himpun pakar, perkukuh peranan bidang Matematik, Statistik dan Sains Data dalam Era Digital

Dalam ucapannya, beliau menekankan mengenai kepentingan kolaborasi rentas disiplin dan sempadan geografi dalam menangani cabaran Era Revolusi Industri Keempat, khususnya melalui penerapan Matematik, Statistik dan Sains Data dalam pembangunan teknologi.

Persidangan antarabangsa yang bertemakan ‘Synergies in Mathematics, Statistics, and Data Science: Bridging Insights for a Dynamic World’ itu berjaya menghimpunkan seramai 168 peserta daripada buah 15 negara. 

Program anjuran Pusat Sains Matematik (PSM) UMPSA itu mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) dan Institut Statistik Malaysia (ISM) serta rakan strategik dari Jepun, Thailand, Filipina dan Indonesia.

Hadir sama Dekan PSM, Profesor Madya Dr. Mohd Sham Mohamad dan Pengerusi Persidangan, Profesor Madya Ts. Dr. Noryanti Muhammad.

ICoAIMS 2025 turut menyokong Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), Dasar Revolusi Industri Keempat Negara, Dasar Pendidikan Tinggi dan Dasar Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) melalui penggalakan penyelidikan berkualiti tinggi, perkongsian ilmu global dan pembangunan kemahiran analitik data serta teknologi digital.

Dengan penyertaan pelbagai institusi dan pihak industri, ICoAIMS 2025 terus menjadi platform unggul yang memperkukuh jaringan penyelidikan, inovasi dan mobiliti akademik dalam kalangan penyelidik, pendidik dan pengamal industri di peringkat antarabangsa.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

TAGS / KEYWORDS
Reports by:
Naqiah Puaad