ICoN teroka jaringan kerjasama strategik untuk manfaat industri dan komuniti
Kota Kinabalu, 18 Mac - Bertindak sebagai penghubung antara ahli akademik bersama pihak industri dan masyarakat, Jabatan Jaringan Industri & Masyarakat (ICoN) baru- baru ini melebarkan peluang jaringan kerjasama strategik melibatkan beberapa agensi di Sabah.
Melalui penerokaan dan perkongsian strategik ini, ICoN dilihat dapat mengukuhkan lagi proses libat sama bersama pihak industri serta komuniti di samping berperanan lebih terarah dan efektif sejajar dengan perubahan ke arah Industry Revolution 4.0.
Menurut Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Profesor Dr. Jamil Ismail berkata, kunjungan kali ini dilihat sangat strategik terutamanya dalam perkongsian pengalaman pihak Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bersama pihak OISCA International yang terbina sejak 40 tahun lalu.
“UMP telah terpilih menjadi ahli OISCA Malaysia dan jalinan kerjasama kini dirangka yang mana akan dapat memberi pelbagai manfaat termasuklah dalam program kemahiran pertanian, perhutanan serta penyelidikan dalam bidang berkaitan,” katanya.
Selain itu, perkongsian pengalaman hasil pertemuan dengan pihak Petrosains Sabah turut memberi peluang pihaknya berkongsi terhadap pelaksanaan program-program berbentuk Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di kawasan pedalaman sekitar negeri Sabah yang begitu mencabar.
Selain itu, lawatan amalan terbaik dalam pengurusan libat sama jaringan industri dan komuniti turut diadakan bersama pihak Centre Industry Community Network (CICN) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Turut diadakan program kerja berpasukan (team building) bagi memupuk semangat kerjasama yang lebih jitu serta memahami perilaku setiap staf dalam jabatan dengan pelbagai aktiviti diadakan antaranya water confident, fear factor serta kerja berkumpulan. Program ini mampu menerapkan budaya kerja profesional terutamanya dalam jalinan aktiviti kerjasama ke arah transformasi jabatan serta pengukuhan organisasi.
Disediakan oleh Siti Nurfarmy Ibrahim dari Bahagian Komunikasi Korporat.
- 173 views