Kunjungan rasmi delegasi UMP ke MMU Cyberjaya teroka kerjasama strategik
CYBERJAYA, 19 Disember 2022 - Kunjungan delegasi Universiti Malaysia Pahang (UMP) ke Multimedia Universiti (MMU) bakal berkongsi kepakaran dalam menjalinkan usaha sama dari segi akademik, teknologi, kepakaran dan lain-lain.
Delegasi itu yang diketuai oleh Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bersama pengurusan tertinggi universiti disambut Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Mazliham Mohd Su’ud.
Menurut Profesor Dato’ Ts. Dr. Yuserrie, kunjungan ini memberi peluang kedua-dua pengurusan universiti berkongsi pengalaman dan meneroka kerjasama terutamanya dalam pembangunan digital, penyelidikan, latihan dan sinergi serta kolaborasi dalam mengembangkan program TVET di kedua-dua universiti.
“Kunjungan ke MMU ini juga sebagai tanda aras terhadap Universiti Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLU) dalam mengukuhkan kedudukan sebagai universiti swasta terkemuka di negara ini yang terbukti melalui ranking dan penarafan konsisten di peringkat dunia dan dalam negara.
“Pihak universiti juga berhasrat untuk mengadakan kunjungan dan meneroka kolaborasi melibatkan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang dimiliki sepenuhnya Syarikat Berkaitan Kerajaan Malaysia (GLC),” katanya.
Antara lain yang dibincangkan adalah pengembangan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), program kerjasama dalam penyelidikan, sinergi, latihan and konsultansi.
Dalam pada itu, Profesor Datuk Dr. Mazliham berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran delegasi UMP dan pihaknya berhasrat untuk mengadakan perbincangan lanjut terutamanya berkaitan bidang penyelidikan dan kolaborasi sinergi di UMP.
Turut sama hadir daripada MMU adalah Naib Presiden, Akademik dan Pembelajaran Inovatif (AIR), Profesor Ir. Dr. Wong Hin Yong, Naib Presiden, Penerokaan Pasaran dan Pengurusan Pelanggan (MEET), Profesor Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid, Naib Presiden, Pengalaman Pelajar dan Pembangunan Usahawan (SEED), Profesor Dr. Wong Eng Kiong.
Lain-lain Naib Presiden, Kewangan dan Usaha Perniagaan, Nor Adni Ismail dan Naib Presiden, Pemasaran Strategik, Kemasukan dan Pengambilan Pelajar (SMART), Zambri Pawanchik.
Delegasi berpeluang melawat ke Ainqa Lab di Fakulti Pengkomputeran dan Informatik, 5G Lab di Fakulti Kejuruteraan dan Motion Capture Studio di Fakulti Multimedia Kreatif.
Disediakan oleh: Mimi Rabita Haji Abdul Wahit, Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Canseleri
- 114 views