Lawatan UMPSA ke USU buka ruang kolaborasi baharu FlexMC
MEDAN, 19 September 2025 - Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential (FLEXMC), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh jaringan antarabangsa melalui sesi lawatan akademik ke Fakultas Ilmu Komputer dan Teknologi Informasi, Universitas Sumatera Utara (USU) Medan, Indonesia baru-baru ini.
Lawatan yang diketuai oleh Pengarah FLEXMC, Profesor Madya Ts Dr Awanis Romli itu disambut oleh Wakil Dekan 3 Fakultas Ilmu Komputer dan Teknologi Informasi USU, Profesor Dr. Romi Fadillah Rahmat
Dalam siri lawatan tersebut, UMPSA telah membentangkan pencapaian semasanya termasuk perkembangan bagi inisiatif e-pembelajaran, penawaran kursus Micro-Credentials, dan kerjsama bagi penyelidikan pendidikan digital.
Pencapaian ini selari dengan sasaran UMPSA untuk memperkukuh peranan sebagai pusat rujukan dalam bidang pembelajaran fleksibel dan Micro-Credential seperti stackable degree dan juga penawaran program Pembelajaran Terbuka dan Jarak Jauh (Open & Distance Learning – ODL) menjelang tahun 2026–2030.

Bagi mengembangkan kerjasama dua hala itu, mesyuarat turut mencadangkan empat bentuk kerjasama strategik antara UMPSA dan USU, iaitu pembangunan bersama kursus Micro-Credential yang boleh diakses secara rentas universiti dan kerjasama penyelidikan dalam bidang pendidikan digital dan teknologi pembelajaran
Turut dibincangkan ialah penganjuran sesi ‘Global Classroom’ bagi perkongsian pengetahuan dan kepakaran bagi pembelajaran dan pengajaran secara virtual antara pelajar UMPSA dan USU serta lolaborasi penerbitan dan seminar antarabangsa, khususnya dalam bidang inovasi pendidikan dan teknologi digital.
Mesyuarat ini menandakan langkah penting ke arah memperkukuh jaringan akademik serantau serta membuka peluang luas kepada warga UMPSA dan USU dalam mendepani cabaran pendidikan tinggi era digital.
Disediakan Oleh: Mohd Shahri Mohd Akhir, Pusat Pembelajaran Fleksibel dan Micro-Credential (FLEXMC)
- 104 views
Reports by: