Perpustakaan UMPSA lancar perkhidmatan baharu pencarian maklumat sehenti Discovery@Lib
PEKAN, 3 Mei 2025 - Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melancarkan perkhidmatan pencarian maklumat sehenti melalui platform Discovery@Lib yang merupakan alat untuk mengakses semua platform sumber elektronik melalui pencarian tunggal.
Discovery@lib merangkumi pangkalan data jurnal, buku elektronik, katalog eFind dan repositori UMPSA-IR.
Antara kandungan platform jurnal langganan adalah ScienceDirect, SpringerNature, American Chemical Society (ACS), ICE Virtual Library, IEEExplore, Emerald Insight. Manakala platform alat rujukan adalah Scopus, Ebscohost dan Web of Science.
Pelaksanaan projek itu mengambil masa selama empat bulan bermula Januari dan siap sepenuhnya pada hujung April dengan kerjasama pihak pembekal Ebscohost dan Perpustakaan UMPSA.
Platform ini dapat diakses melalui Portal Perpustakaan UMPSA di pautan: https://research.ebsco.com/c/chynlw/search/results
Ia telah diaktifkan pada 3 Mei 2025 untuk semua pengguna.
Menurut Ketua Pustakawan, Hajah Kamariah Gono, Discovery@Lib merupakan nilai tambah kepada perpustakaan kerana pengguna dapat memaksimakan pencarian sumber rujukan elektronik yang ditawarkan dari pelbagai platform langganan pada satu tempat.
“Kebaikan Discovery@Lib ini ialah dapat menjimatkan masa pengguna, liputan sumber meluas untuk sesuatu subjek dan dari sumber yang sahih.
“Perpustakaan mengharapkan pengguna dapat menggunakan Discovery@Lib ini secara optimum supaya pelaburan yang diperuntukkan untuknya berbaloi selaras dengan manfaat fungsi platform tersebut,” ujarnya.
Disediakan Oleh: Noor Azura Omar, Mohd Ariffin Abdul Aziz, Zuriakartina Muda, Iswan Akim Ismail, Mohd Fakhrurrazi Adnan Dan Syed Mohd Faiz Syed Abdul Aziz, Perpustakaan UMPSA
- 60 views