Skip to main content

Program CSR UMPSA eratkan jalinan rentas generasi bersama PAWE Pekan

PEKAN, 8 September 2026 – Fakulti Pengurusan Industri (FPI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terus memperkukuh hubungan bersama komuniti menerusi Program Corporate Social Responsibility (CSR) Jalinan Mesra Komuniti bersama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Pekan, Pahang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pekan yang berlangsung di Tanjung Gosong, Pekan, Pahang. 

Program ini menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara warga emas PAWE dan warga akademik UMPSA menerusi pelbagai aktiviti santai, interaktif dan menyeronokkan yang menggalakkan kerjasama serta semangat kebersamaan. 

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Fakulti Pengurusan Industri (FIM), Mejar Dr. Imaduddin Abidin dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan, Norbaizura Abdul Latiff. 

Program yang melibatkan lebih 80 peserta terdiri daripada warga emas PAWE, JKM Daerah Pekan dan pensyarah FPI ini turut mengetengahkan konsep active ageing melalui aktiviti yang menyokong aspek kesihatan dan sosial warga emas. 

Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen UMPSA dalam memperkukuh khidmat kepada komuniti setempat melalui penglibatan warga akademik dalam aktiviti kemasyarakatan.

 

Program CSR

Peserta warga emas PAWE Pekan bersama warga akademik Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMPSA bergambar kenangan di hadapan banner Program CSR Jalinan Mesra Komuniti.

Program CSR

Barisan Ahli Jawatankuasa Program CSR Jalinan Mesra Komuniti dalam kalangan pensyarah Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMPSA bergambar kenangan sebelum program bermula.

Program CSR

Sesi senamrobik ringan yang dipimpin oleh Ir. Ts. Dr. Mohd Ruzaimi Mohd Ariffin untuk memanaskan badan peserta sebelum aktiviti utama.

CSR

Peserta warga emas bersama pensyarah FPI menyertai sesi tarian Poco-poco yang dipimpin oleh Mejar Dr. Imaduddin Abidin.

 

Sesi taklimat awal kepada peserta sebelum aktiviti utama Treasure Hunt Rentas Generasi dilaksanakan.

Sesi taklimat awal kepada peserta sebelum aktiviti utama Treasure Hunt Rentas Generasi dilaksanakan.

 

MERAH

Kumpulan Merah mempamerkan pasport aktiviti mereka sebagai tanda telah menyelesaikan kesemua aktiviti check-point.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Treasure Hunt Rentas Generasi yang melibatkan lima check-point, iaitu Crossword Puzzle, Creative Drawing, Bola Ping-pong dalam Sudu, Boling Pantai dan Spot the Differences. 

Peserta dibahagikan kepada lima kumpulan dan menyertai aktiviti di setiap check-point yang ditetapkan. 

Setiap kumpulan dibekalkan pasport aktiviti, manakala fasilitator FPI bertindak sebagai penyelaras di setiap stesen. 

Aktiviti-aktiviti ini turut menggalakkan penggunaan daya ingatan, kreativiti, koordinasi dan kemahiran motor, di samping memupuk kerjasama serta interaksi antara peserta dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.

 

Peserta kumpulan menyelesaikan aktiviti Crossword Puzzle di salah satu check-point Treasure Hunt Rentas Generasi.

Peserta kumpulan menyelesaikan aktiviti Crossword Puzzle di salah satu check-point Treasure Hunt Rentas Generasi.

Aktiviti Creative Drawing yang menguji kreativiti dan kerjasama peserta di check-point Treasure Hunt Rentas Generasi.

 
Aktiviti Creative Drawing yang menguji kreativiti dan kerjasama peserta di check-point Treasure Hunt Rentas Generasi.

berita

 
Aktiviti Bola Ping-pong dalam sudu yang mencabar koordinasi peserta di salah satu check-point Treasure Hunt Rentas Generasi.

 

Peserta menguji kemahiran

Peserta menguji kemahiran di aktiviti Boling Pantai menggunakan botol air sebagai pin dan bola sebagai sasaran.

Peserta menguji kemahiran

 
Peserta bekerjasama dalam kumpulan menyelesaikan aktiviti Spot the Differences dengan bimbingan fasilitator FPI.

Salah seorang peserta program, Siti Zaleha  Sigap, menyifatkan program tersebut sebagai satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan kerana berpeluang menyertai pelbagai aktiviti bersama warga universiti. 

“Program ini sangat menarik dan menyeronokkan kerana kami dapat menyertai pelbagai aktiviti bersama warga universiti. 

“Malah, pengalaman ini juga memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi dan meluangkan masa bersama dalam suasana yang berbeza,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Program, Ts. Dr. Zikrul Hakiem Ishak berkata, program ini berjaya mengeratkan hubungan antara warga UMPSA dan komuniti PAWE melalui aktiviti yang dilaksanakan secara bersama. 

“Saya berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh lagi jalinan yang telah terjalin,” katanya. 

hadiah

 
Penyampaian cenderahati daripada Pengerusi PAWE Pekan, Datin Indera Siti Noriah  Mohamad Amin kepada Timbalan Dekan HEPA FPI, Mejar Dr. Imaduddin Abidin

Penyampaian cenderahati

 
Penyampaian cenderahati daripada wakil Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMPSA, Mejar Dr. Imaduddin Abidin kepada pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Pekan

berita

 
Kumpulan pemenang tempat pertama bergambar bersama hadiah pada sesi majlis penyampaian hadiah.

Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja menyediakan ruang rekreasi kepada warga emas, malah turut menggalakkan interaksi sosial dan kerjasama antara generasi. 

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat diteruskan sebagai platform untuk memperkukuh hubungan UMPSA dengan komuniti setempat serta menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan warga emas.

Disediakan Oleh: Ts. Dr. Zikrul Hakiem Ishak, Fakulti Pengurusan Industri (FPI)

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri