Skip to main content

Program Pemindahan Ilmu ‘Cakna Ubat: Jangan Main Telan’ perkasa kesedaran penggunaan ubat dalam kalangan warga emas

KUANTAN, 4 Jun 2026 – Pusat Penyelidikan Bioaromatik dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) telah berjaya menganjurkan program pemindahan ilmu; Profesor Turun Padang dan SULAM bertemakan ‘Cakna Ubat: Jangan Main Telan!’ di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuantan. 

Program ini melibatkan 33 fasilitator dalam kalangan pelajar UMPSA melalui Program Pembelajaran Berasaskan Komuniti (SULAM) bagi Kursus BTF3646 Regulatory Affair dan disertai seramai 46 orang peserta warga emas.

Program yang dilaksanakan di bawah Geran Inovasi Sosial dan Pemindahan Ilmu Komuniti (CDU) itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya warga emas, mengenai penggunaan ubat yang betul, selamat dan berkesan serta mengelakkan risiko pengambilan ubat tanpa pemantauan profesional kesihatan.

Program Pemindahan Ilmu ‘Cakna Ubat

Majlis telah diserikan dengan kehadiran Pengerusi PAWE Kuantan, Dato’ Hj. Mohamed Sabri bin Mohd Arsad, dan Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang iaitu Encik Mohd Hafizarul Azuan bin Abd. Halim Lau dan Puan Nadwanie Harniza binti Ibrahim bersama Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Pahang, Encik Muhammad Azizi bin Abdul Aziz dan Penolong Pengarah, Cawangan Amalan dan Perkembangan Farmasi Negeri Pahang, Puan Aida Mardhiyah binti Zainul Ibrahim. Program turut disertai wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan yang terdiri daripada Puan Raja Naima binti Raja Ismail, Puan Nur Aqilah Zahira binti Zakaria dan Puan Che Wan Nadhirah binti Che Wan Amil.

Program turut disertai wakil Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan yang terdiri daripada Raja Naima Raja Ismail, Nur Aqilah Zahira  Zakaria dan Puan Che Wan Nadhirah binti Che Wan Amil.

Pengarah Program, Dr. Nor Hasmaliana Abdul Manas dalam ucapannya menekankan kepentingan literasi ubat dan peranan masyarakat dalam memastikan penggunaan ubat yang selamat dan berkesan. 

Seterusnya, peserta menyertai aktiviti Chair-Robic yang dikendalikan bagi menggalakkan amalan gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan warga emas.

Program Pemindahan Ilmu ‘Cakna Ubat

Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan sepanjang program termasuk sesi perkongsian ilmu oleh pegawai farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, pembentangan oleh ahli akademik UMPSA, sesi soal jawab interaktif, aktiviti pelajar berasaskan permainan kuiz, pameran produk dan semakan ubat secara individu oleh pegawai farmasi.

Program ini diketuai oleh Dr. Nor Hasmaliana Abdul Manas (FSTI) dan Dr. Auni Hamimi Idris (FTKKP) dengan sokongan ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pensyarah FSTI iaitu Dr. Ahmad Mahfuz Gazali (FSTI), Dr. Mohd Fadhlizil Fasihi Mohd Aluwi (FSTI), Dr. Shoriya Aruni Abdul Manaf, Dr. Mohd Azwan Jenol,

Dr. Aishah Mohd Marsin manakala Dr. Saiedatul Akmal Mohamed Sedek dan Ts. Dr. Mohd Azmir Arifin dari FTKKP. 

Melalui pelaksanaan program ini, peserta berpeluang memperoleh pengetahuan mengenai penggunaan ubat yang betul, pemilihan ubat yang selamat, dan kepentingan mendapatkan nasihat daripada pegawai farmasi serta pengamal perubatan yang bertauliah. 

Program ini turut memperkukuh hubungan strategik antara UMPSA, JKNP, Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan dan komuniti setempat dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen UMPSA dalam menjayakan agenda pemindahan ilmu dan penglibatan komuniti selaras dengan slogan universiti ‘Teknologi untuk Masyarakat’. 

Disediakan Oleh: Dr. Aishah Mohd Marsin, Fakulti Sains dan Teknologi Industri.

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri