Skip to main content

Sambutan Maulidur Rasul dan Kembara TVET UMPSA santuni komuniti Kuala Krau

KUALA KRAU, 11 Oktober 2024 - Masjid An-Nur Kuala Krau, Temerloh bergema dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW sempena Sambutan Maulidul Rasul baru-baru ini.

 
Program anjuran Masjid An-Nur dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) itu merupakan sebahagian daripada program Kembara TVET UMPSA@Kuala Krau yang diadakan bagi mengeratkan hubungan  universiti dan komuniti di situ.

Ceramah telah disampaikan oleh Dekan, Pusat Sains Kemanusiaan (PSK) UMPSA, Dr. Mohamad Hilmi Mat Said. 
Hadir sama Pengerusi Masjid An-Nur Kuala Krau, Dato’ Zainal Azman Bidin, Ketua Polis Balai Kuala Krau, Sarjan Mejar Khairuddin Mohd Zainal, Pengarah PIMPIN, Profesor Madya Dr. Rashidi Abbas dan Ketua Kampung Kuala Krau, Kamal Shah. 

Kuala Krau juga tidak boleh dipisahkan dengan sejarah penting negara kerana di sinilah Peristiwa Subuh Berdarah di Balai Polis Kuala Krau menjadi kenangan penting yang patut dihayati oleh generasi muda dalam menghargai erti perjuangan dan pengorbanan, serta kepentingan dalam keharmonian masyarakat.

Sambutan Maulidur Rasul dan Kembara TVET UMPSA santuni komuniti Kuala Krau

Peluang ini turut dimanfaatkan oleh para sukarelawan apabila berpeluang mengunjungi Balai Polis Kuala Krau yang disambut Sarjan Mejar Khairuddin Mohd Zainal. 

Turut berlangsung Program Khidmat Komuniti bersama Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat (PJIM) menerusi aktiviti perkhidmatan tukar minyak hitam motorsikal secara percuma dan juga gotong-royong memasak bubur lambuk.

Disediakan Oleh: Naqiah Puaad, Pusat Komunikasi Korporat

Reports by:
Siti Nur Azwin binti Zulkapri